Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Gambar Kad Kahwin Noh & Mizz Nina Bertema Kimono

June 13th, 2011 | Category: Artis Berkahwin, Hujan, Mizz Nina |
No Comments »


Gambar Kad Kahwin Noh & Mizz Nina Bertema Kimono. Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar kepada media.

PETALING JAYA: Ikatan pertunangan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan.

Tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina dimana ia akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja.

Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Jumaat lalu, mStar Online telah menerima kad jemputan perkahwinan berbentuk pakaian Jepun, Kimono bewarna merah jambu, dan warnanya tampak menyerlah. Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun. Menerusi kad itu juga ia menunjukkan tentang kasih sayang dan keserasian mereka untuk terus menjadi teman sehidup semati.

Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.

Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88. via Mstar Online

nina noh
Kad jemputan Noh dan Nina berbentuk baju Kimono

Tags: , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Mizz Nina dan Noh Hujan di Karpet Merah ASK 2010
  • Gambar Mizz Nina di Shout! Awards 2010
  • Mizz Nina & Nuh Hujan Umum Majlis Tunang Kahwin
  • Noh Hujan & Mizz Nina Selamat Nikah
  • RTM & AMBANK Anjurkan Konser Ambang 2011
  • Gambar Pra Perkahwinan Scha Alyahya & Awal Ashaari
  • Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik 26
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki



  • Foto Perkahwinan Wedding Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

    November 10th, 2008 | Category: Artis Berkahwin, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari |
    51 Comments »


    Cinta antara Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah disatukan pada petang Sabtu lalu (8 November) di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta sekitar jam 4 petang Sabtu lalu dengan mas kahwin berbentuk anting-anting berlian seberat 1.5 karat serta 25 dulang hantaran.

    Dengan sekali lafaz saja, Ashraf yang mengenakan baju rekaan Brutus, sah menjadi suami yang sah kepada Bunga yang anggun mengenakan baju rekaan Anna Avantie.

    Pada majlis pernikahan tersebut, dengan sekali lafaz, Ashraf sah menjadi suami Bunga sambil disaksikan hampir 50 orang rombongan daripada pihak lelaki. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pejabat Agama kawasan Tanah Abang, Ashras Syahroni.

    Anting-anting bertatahkan berlian 1.5 karat dipilih sebagai mas kahwin selain 25 dulang hantaran. Memilih Kepulauan Maldives sebagai lokasi berbulan madu mereka, Ashraf mengharapkan agar perkahwinan ini melenyapkan segala gosip liar berkaitan mereka sebelum ini. Di majlis pernikahan tersebut busana Minang rekaan Brutus dan Anne Avantie bagi Ashraff dan Bunga telah dipilih.

    Sehari selepas itu majlis resepsi pihak perempuan berlangsung di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta menyaksikan Bunga tampil menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu bersama Ari Lasso tanda kasih dan cintanya kepada Ashraf.

    Malah Afgan, Vina Panduwinata dan Krisdayanti juga hadir menghiburkan khalayak.

    Demi membuktikan perasaan cintanya yang sebenar, artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari Sinclair akan menyampaikan sebuah lagu berjudul Aku Dan Dirimu yang menampilkan Ari Lasso buat suami tercinta, Ashraf Daniel Sinclair. Disampaikan dalam majlis persandingan mereka menggunakan konsep adat Minang di Grand Ballrom Hotel Sultan, Jakarta.

    Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 14 November ini di The Saujana Kuala Lumpur dan 15 November di Kelab Golf Perkhidmatan Awam.

    “Saya sangat gembira dengan apa yang telah terjadi dan syukur ke hadrat Ilahi akhirnya semuanya berlangsung dengan baik. Saya amat berharap agar perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” jelas aktor tampan berusia 29 tahun ini selepas majlis pernikahannya menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Hits.

    Menyingkap kisah cinta mereka, terang pelakon Gol & Gincu ini, bukanlah seindah biasa.

    Ini kerana, kisah percintaan mereka pernah dilanda kontroversi apabila gambar-gambar percutian mereka berdua sedang bercumbuan pernah diedarkan di Internet sekitar Ogos tahun lalu.

    Tidak cukup dengan itu pelbagai lagi spekulasi melingkari perjalanan cinta mereka sehinggakan Ashraf hampir lelah dengan percintaan tersebut.

    Namun seperti yang telah tertulis, akhirnya cinta mereka berdiri teguh dengan restu Ilahi.

    [tags]wedding ashraf sinclair, bunga wedding, sanding, Artis Seksi, BCL, BCLS, sejarah cinta, album bunga, lagu cinta, hantaran, adat kahwin indonesia, Bunga Citra, Bunga Citra Lestari, Gambar Kahwin Artis, Gambar Kahwin Ashraf Sinclair, Gambar Perkahwinan Artis, photo wedding, seks, Indonesia, Majlis Kahwin, Perkahwinan, Perkahwinan Indonesia, Pernikahan, Pernikahan Ashraf Sinclair, alamat, hotel kahwin, Sinclair[/tags]

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Bunga Citra Lestari Hamil?
  • Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali
  • Gambar Jehan Miskin Bersama Aweks Comel dan Gebu
  • Majlis Perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Gambar Wedding Ashraf Sinclair & Bunga Citra Di Kelab Golf Perkhidmatan Awam
  • Cinta Pertama Bunga Citra Lestari








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK