in , ,

Gambar Kad Kahwin Noh & Mizz Nina Bertema Kimono

Gambar Kad Kahwin Noh & Mizz Nina Bertema Kimono. Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar kepada media.

PETALING JAYA: Ikatan pertunangan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan.

Tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina dimana ia akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja.

Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Jumaat lalu, mStar Online telah menerima kad jemputan perkahwinan berbentuk pakaian Jepun, Kimono bewarna merah jambu, dan warnanya tampak menyerlah. Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun. Menerusi kad itu juga ia menunjukkan tentang kasih sayang dan keserasian mereka untuk terus menjadi teman sehidup semati.

Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.

Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88. via Mstar Online

nina noh
Kad jemputan Noh dan Nina berbentuk baju Kimono

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL Gangster Kutip RM5 Juta Dalam Masa Tiga Hari

David Archuleta Live In Kuala Lumpur