in ,

Zul Yahya Saran Pesakit Covid-19 Muslim Dikuarantin di Masjid

Pelakon yang bergelar penceramah bebas, Zul Yahya mencadangkan orang Islam yang positif Covid-19 dengan gejala ringan dikuarantin di dalam masjid.

Kata pemilik nama sebenar, Zulkiffili Yahaya , 48, fungsi masjid perlu diperluaskan dengan menghidupkan kembali amalan di dalamnya andai ingin mendapatkan bantuan Allah.

“Kenapa tak dikuarantinkan umat Islam positif Covid-19 bergejala ringan di masjid. Bukankah itu lebih baik kerana mereka dapat hidupkan amalan masjid 24 jam dan masjid pun tak sepi.

“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid supaya menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat lebih banyak manfaat. Mungkin boleh menambahkan kebaikan kepada mereka.

“Kita semua tahu fungsi masjid itu sangat luas. Kita nak dapatkan bantuan Allah SWT, tapi rumah Allah SWT tidak diimarahkan. Ada cara Allah SWT bagi tetapi kenapa tak diusahakan?

“Ujian ini adalah hikmah buat kita, bukannya musibah,” luahnya menerusi Facebook.

Kata bintang filem Leftenan Adnan itu, sebagai menyokong perkara berkenaan, dia dan beberapa rakan bersedia menyumbang khidmat membantu menguruskan pesakit yang dikuarantin di tempat dicadangkan itu.

“Saya serta sahabat bersedia memberikan masa untuk menguruskan mereka yang berada di masjid itu.

“Ada masjid yang luas mampu meletakkan beratus jemaah. Paling menggembirakan solat fardu sentiasa penuh seperti solat Jumaat,” katanya lagi.

Tambah pelakon yang popular dengan drama Pepaya itu, saranan sama pernah disuarakan tahun lalu namun tiada pihak mempedulikannya.

“Para ulama yg dimuliakan lagi dikasihi serta sahabat, mohon dipanjangkan perkara ini,” katanya. – K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 18

Demi Keluarga, Haqiem Rusli Sanggup Tutup Restoran & Tanggung Kerugian

Amar Baharin | 19

Siaran Drama HATI YANG DIKHIANATI Direhatkan Susulan Kekangan PKP 3.0