in , ,

Lamunan Hati Wann Semakin Hampir

Kerinduan untuk bertemu peminat antara sebab penyanyi, Wann, bakal menjayakan sebuah persembahan makan malam pada September depan.

Menurut Wann atau nama lengkapnya Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 49, persembahan itu juga ibarat serampang dua mata apabila dia turut mengintai peluang merakamkan lagu baharu.

“Persembahan makan malam ini juga adalah sempena meraikan 25 tahun pembabitan saya dalam bidang seni.

Lagipun, sudah lama saya tidak bertemu peminat. Jadi, pada acara itu nanti, selain menghiburkan mereka, ia juga bakal menjadi tempat kami beramah mesra.

“Manalah tahu, dengan adanya persembahan sedemikian, ada pihak yang berminat untuk menerbitkan single baharu saya.

“Saya pula bukan bermaksud hendak membuat kemunculan semula, tetapi ia lebih kepada kerinduan untuk memiliki lagu baharu,”

– Wann

Ditanya mengenai konsep lagu ingin dirakamkan, penyanyi yang mula dikenali menerusi Lamunan Hati ini berkata. dia sangat menggemari muzik dari Amerika Selatan.

“Kalau boleh, biarlah muziknya seperti bossanova, cha-cha ataupun salsa kerana ia mempunyai elemen seksi.

Melodinya pula kenalah romantik dan memiliki unsur kemelayuan,”

– Wann

WANN akui rindu untuk berjumpa peminatnya.

Kali terakhir ibu kepada sepasang cahaya mata ini merakamkan single sekitar sembilan tahun lalu menerusi lagu Seribu Jelingan, yang menyaksikannya berduet dengan kumpulan 6ixth Sense.

Persembahan istimewa itu bakal diadakan pada 7 September depan bertempat di Hotel The Pearl, di sini.

Pas masuk berharga RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun boleh didapati dengan menghubungi talian 011-36065747 (menerusi aplikasi WhatsApp).

Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zul Ariffin Bakal Kahwin Tahun Depan, Pilih Wanita Bukan Islam

Kantoi Diet, Shaheizy Sam Diperlekeh Isteri Gara-Gara #20Dayschallenge