in

Drama Komedi NAK KAHWIN LAGI Lakonan Norman Hakim

Komedi santai kisah kemanisan hidup bermadu dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Nak Kahwin Lagi?” pada 1 Februari depan, pukul 10.00 pagi di TV1.

Berbeza dengan realitinya di mana kehidupan bermadu dikaitkan dengan pertelingkahan antara dua wanita sebaliknya drama ini mencetuskan idea baru apa yang akan terjadi sekiranya dua wanita itu bersahabat baik dan berkomplot supaya suami mereka adil dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Drama turut bertanding dalam Tribute P.Ramlee yang diarahkan oleh Nizam Zakaria ini mengetengahkan pelakon Norman Hakim, Didie Alias, Amyza Aznan, Dottie, Hamid Gurkha dan Kazar Saisi.

Drama Komedi Nak Kahwin Lagi? Tonjol Kemanisan Hidup Bermadu Di TV1

Ia mengisahkan Yusman yang sudah lebih 10 tahun berkahwin dengan Dahlia. Kehidupan mereka bahagia walaupun masih belum dikurniakan cahayamata. Yusman menguruskan resort dimiliki keluarga isterinya dengan begitu komited sekali.

Pertemuannya dengan gadis bernama Suzana yang merupakan pelanggan di resort miliknya membuatkan Yusman jatuh cinta pandang pertama. Perasaan itu dikongsi sama dengan pekerjanya, Tasha. Tasha menjadi pendengar setia Yusman yang mula angau itu. Berulangkali juga dia menasihati Yusman supaya melupakan Suzana dan setia kepada isterinya Dahlia.

Yusman menjalinkan hubungan cinta dengan Suzana dan perkara itu dapat dihidu Dahlia. Sangkaan Yusman isterinya itu mahu menyerang Suzana. Sebaliknya Dahlia yang ikhlas menerima takdir dirinya mahu dimadukan beterus-terang mahu menjadi wakil Yusman untuk meminang Suzana.

Akhirnya mereka berkahwin. Di awal perkahwinan Yusman begitu menikmati hubungan rumahtangganya dengan Suzana. Namun segalanya tidak lama bila dalam diam Dahlia berhubungan baik dengan isteri keduanya itu. Mereka banyak menghabiskan masa termasuk membeli-belah bersama-sama.

Berbeza dengan orang bermadu yang lainnya, Dahlia dan Suzana bersahabat baik hingga adakalanya Yusman ditinggalkan bersendirian di rumah. Segala impian Yusman untuk meluangkan masa dengan isteri barunya musnah.

Yusman kembali bertemu dengan Tasha yang sentiasa sudi menjadi pendengar setianya. Kepada Tasha dia meluahkan rasa tidak puas hati diperlakukan begitu oleh isteri-isterinya. Yusman mula merasakan kesunyian.

Tanpa diduga hatinya tiba-tiba terpaut pada Tasha. Dia memasang niat mahu menjadikan Tasha isteri ketiganya. Perkara itu dapat dihidu oleh Suzana. Dia menentang keras hasrat suaminya itu mahu berkahwin lagi.

Sebaliknya pula bagi Dahlia. Dia ternyata ikhlas mahu meminang Tasha untuk dijadikan madunya. Apatahlagi dia mengetahui sedikit latar belakang Tasha yang bekerja di resort diusahakan suaminya.

Tasha pula pada mulanya berkeras tidak mahu menerima pinangan Yusman. Dia tidak mahu menghancurkan hati Dahlia yang sangat dihormatinya sebagai seorang wanita. Dia tidak mahu Dahlia kecewa sekali lagi.

Namun berkat pujukan Dahlia, akhirnya Tasha sudi menerima Yusman menjadi suaminya. Tetapi apakah yang berlaku seterusnya bila tiga madu itu mula bersahabat baik? Adakah Yusman sekali lagi terpaksa menerima kenyataan dirinya diabaikan isteri-isterinya? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.

Watak Suzana

Suzana ... Isteri Ke2

Sebagai Dahlia

Norman Hakim

Norman Hakim ... Watak Yusman

Dottie Watak Tasha

Dottie ... Watak Pendengar Masalah Yusman

Didie Alias Watak Dahlia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HyppTV Lancar Pakej Nilai Terbaharu di Acara Hyypcarnival

Zizan Razak Kecewa Dengan Tindakan Bekas Pengurus