in , ,

Ziana Zain & Rozita Che Wan Cari Ratu?

[dropcap]S[/dropcap]udah lama benar Budiey tak dengar cerita pasal Ziana Zain mahu pun Rozita Che Wan. Yang pasti, kedua-dua wanita cantik ini sentiasa sibuk dengan karier dan hal personal mereka. Budiey ada terdengar satu khabar yang baik untuk anda semua, wanita kat luar sana. Ziana Zain & Rozita Che Wan khabarnya tengah cari seorang ratu sebagai duta produk?

ziana-rozita

SAFI jenama produk kecantikan dan penjagaan diri Halal kontemporari No 1 Malaysia membawa definisi ratu ke aras yang baru. RATU RANIA, sebuah program realiti mencari ikon wanita moden kini sama ada figura korporat hebat atau suri perkasa hebat memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan namun tidak melupakan pentingnya memanjakan diri dengan santun dan keayuan cantik tersendiri.

[pullquote align=”right”]Wajah esklusif SAFI Ziana Zain dan Rozita Che Wan bakal memakhotakan ratu sejagat – Wanita Inspirasi sehebat[/pullquote]

Terbuka kepada semua wanita Malaysia berusia 30 tahun – 45 tahun, sesi ujibakat pertandingan yang telah dianjurkan pada Jun 2013 (Johor, Penang dan Kuantan) bakal melabuhkan tirainya pada sesi ujibakat terakhir pada 6 Julai 2013 (Sabtu ) Jam 10.00 pagi – 3.00 petang bertempat di Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam.

Selama 8 minggu, 10 wanita persona hebat finalis RATU RANIA harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang menguji kekuatan fizikal dan mental serta azam mereka untuk menjadi inspirasi bersama. Program unik hadiah buat wanita dengan hadiah utama berjumlah RM 50,000.00 ini akan disiarkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi. Mereka akan dipilih berdasarkan 3 kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am dan berpersonaliti menarik.

RATU RANIA merupakan pentas terbaik SAFI untuk memperkasa wanita tentang pentingnya penjagaan keremajaan kulit wajah yang merupakan nadi dan kunci keyakinan setiap wanita melalui rangakaian produk anti penuaan Safi Rania Gold “Jelita Tanpa Mengira Usia” dan Safi Rania Diamond “Kekal Anggun Menawan”.

Melengkapkan kembara cantik pencarian RATU RANIA adalah penampilan esklusif Duta Safi Rania Gold Rozita Che Wan dan Duta Safi Rania Diamond Ziana Zain di dalam program ini nanti.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.safi.com.my dan www.facebook.com /SAFI.MY

RATU RANIA BAKAL MEMAKHOTAKAN WANITA INSPIRASI DISERTAI HADIAH LUMAYAN BERIKUT:

1. HADIAH UTAMA (RATU RANIA)
a) Wang tunai RM 25,000.00
b) Kontrak 1 tahun untuk iklan cetak dan eletronik Kempen Safi
c) Hamper produk Safi Rania bernilai RM 3,000.00
Jumlah keseluruhan: RM 50,000.00

2. TEMPAT KEDUA
a) Wang tunai RM 8,000.00
b) Kontrak 1 tahun untuk iklan cetak dan eletronik Kempen Safi
c) Hamper produk Safi Rania bernilai RM 2,000.00

3. TEMPAT KETIGA
a) Wang tunai RM 5,000.00
b) Hamper produk Safi bernilai RM2,000.00

4. SAGUHATI (7 HADIAH)
a) Wang tunai RM 1,000.00
b) Hamper produk Safi bernilai RM 800.00

Adakah anda RATU RANIA itu?
Kriteria:
1. Terbuka kepada warga perempuan Malaysia berusia 30 tahun – 45 tahun pada tarikh 15 Jun 2013
2. Terbuka hanya kepada pemegang kad pengenalan Malaysia
3. Borang penyertaan boleh diperolehi dan mesti dilengkapkan di tempat uji bakat
4. Membawa satu salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
5. Kad pengenalan asal (baru)
6. Satu keping gambar penuh berukuran 4R

Anda rasa anda layak untuk dinobatkan sebagai ratu? Nah ini masanya… sertailah peraduan ini. Tunggu apa lagi?

Ziana Zain & Rozita Che Wan Cari Ratu?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Perkenal Raya Meal Combo

Aznil Nawawi Sambut Hari Jadi Ke-51 Atas Kapal