in ,

Aznil Nawawi Sambut Hari Jadi Ke-51 Atas Kapal

[dropcap]P[/dropcap]engacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi berhasrat untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-51 di atas kapal StarCruises Superstar Libra bersama lebih kurang 20 keluarga. Beliau sentiasa ingin melakukan aktiviti bersama peminat. Namun, beliau belum berkesempatan untuk mengumpul peminatnya dari pelbagai peringkat usia.

“Jika saya lakukan aktiviti untuk kanak-kanak, ibu bapa mereka tak dapat sertai. Buat aktiviti untuk orang tua, kanak-kanak pula tak boleh turut serta. Jadi dengan percutian keluarga di atas kapal bersama saya, memang sesuai untuk mengumpul peminat cilik saya sehinggalah yang sudah berusia. Saya merancang adakan aktiviti untuk setiap peringkat umur.”

Bagi yang ingin menikmati percutian keluarga ini, Pak Nil menasihati para peminat untuk bawa bekalan ubat bagi mereka yang menghidap sebarang penyakit, pakaian sukan dan santai, baju mandi dan yang paling penting pakaian formal.

Datuk Aznil mengalu-alukan peminat yang ingin menyertai pelayaran yang dijadualkan pada 10 November ini untuk menghubungi Malaysian Harmony Tour and Travel Sdn Bhd di talian 03-21429266 untuk maklumat lanjut.

paknil aznil

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ziana Zain & Rozita Che Wan Cari Ratu?

Fesyen Muslimah Selebriti Popular Dalam Seleksi Hijab