in

Ada Sebab Ziana Zain Pilih Azlina Dalam SEIRAS SEIRAMA

Setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, diva yang popular dengan identiti kening terangkatnya, Ziana Zain muncul di pentas Seiras Seirama pada hari Ahad (17 Januari 2016) lalu. Kehadirannya bukan untuk menghiburkan peminat tetapi beliau membawa satu misi yang sangat mencabar iaitu misi mencari klon dirinya sendiri untuk mewakilinya di pentas akhir Seiras Seirama kelak.

Azlina Curi Perhatian Ziana Zain Melalui Video Ujibakat Seiras Seirama

[dropcap]P[/dropcap]encarian beliau berakhir apabila beliau tekad untuk menobatkan Azlina (26) sebagai juara episod Ikon Ziana Zain. Percaturan Azlina untuk menunjukkan kehebatan beliau menerusi lagu Anggapanmu nyata tepat apabila lagu yang popular sejak sekitar tahun 1996 hingga kini itu berjaya membuktikan keupayaan vokal beliau dalam menyanyikan lagu bernada tinggi yang cukup sinonim dengan Ziana Zain.

Menurut Ziana, Azlina telah mencuri perhatiannya sedari awal lagi apabila beliau menonton klip video ujibakat yang dihantar wanita itu untuk menyertai program ini di bawah ikon Ziana Zain. Tanpa berselindung, Ziana menambah bahawa di hati kecil beliau berharap agar dapat bertemu Azlina di pusingan Caras Mencaras.

Untitled

Ziana Dan Azlina Saling Mengagumi

[dropcap]H[/dropcap]ajat penyanyi yang sudah menapak dalam industri muzik selama 26 tahun itu tercapai apabila Azlina mara ke pusingan Caras Mencaras yang memperlihatkan juara pilihannya itu terpaksa berusaha keras untuk menyaingi Salma Andi Asis (25 tahun) yang merupakan juara bagi sebuah program realiti nyanyian menerusi lagu Mencari Teman. Dua lagi peserta yang terlibat dalam mempamerkan bakat masing-masing di episod Ikon Ziana Zain ini adalah Ernie Safiza Shari (33 tahun) dan Shazana Razali (27 tahun).

Mengulas mengenai episod Ikon Ziana Zain ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, “Episod Ikon Ziana Zain ini agak istimewa kerana kami menerima peserta yang sudah mempunyai nama dalam industi muzik tanah air iaitu Salma. Tiada masalah di pihak kami kerana beliau menepati segala syarat penyertaan yang ditetapkan. Meskipun begitu, saya puji Ziana yang begitu profesional dalam memberi penilaian dan membuat keputusan selari dengan kehendak program Seiras Seirama ini.

Melihat akan pengalaman Ziana dalam bidang nyanyian, kami percaya beliau mampu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada Azlina dalam mempersiapkan wakil peserta bagi dirinya itu di pentas akhir Seiras Seirama seterusnya memberi cabaran sengit buat juara episod ikon masing-masing yang lain.”

Episod seterusnya bakal menampilkan Ikon Mas Idayu. Mampukan para peserta bergelek seperti Mas Idayu? Ayuh sama-sama kita saksikan Seiras Seirama episod enam yang bakal menemui penonton pada hari Ahad (24 Januari 2016), jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan ketinggalan!

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakhrul Razi Lancar Single Terbaru YA IYALAH di Indonesia

Penerbangan AirAsia dari Wuhan ke Kota Kinabalu