in ,

Fakhrul Razi Lancar Single Terbaru YA IYALAH di Indonesia

Penyanyi kelahiran Brunei, Fakhrul Razi nampaknya tidak sempat untuk meluaskan dan melebarkan sayap pengaruh muziknya di Malaysia kerana kini beliau semakin dikenali di Indonesia selepas pembabitan beliau menjadi juri dalam sebuah program realiti TV yang meletop di sana.

Lebih elok fokus di Indonesia kerana orang Indonesia begitu mencintai muzik yang dibawakan oleh Fakhrul Razi. Rezeki jangan ditolak kan? Jadi apa tunggu lagi, gunalah peluang yang ada ini.

Rasanya ramai yang dah tahu tentang program realiti TV yang Budiey maksudkan. Ternyata, industri muzik di sana lebih meriah di sana. Tak percaya lihat sahaja gambar kat bawah ini. Sekali lancar single pun berapa banyak stesen radio di sana akan putarkan.

Untitled

Terbaru, Fakhrul Razi telah melancarkan single terbaru berjudul Ya Iyalah, sebuah lagu ciptaan Risna Ories dikeluarkan di bawah label Pelangi Records yang akan diputarkan pada hari ini secara berjamaah serentak di setiap stesen radio di Indonesia. Kalau nak kira lebih 30 buah stesen radio di sana ya? Memang banyak betul.

Memetik kata beliau di Facebook:

“Single saya yang pertama berjudul ‪#‎yaiyalah‬ akan diputarkan secara serentak besok ( 21 Januari 2016 ) diseluruh radio Indonesia.

Kemasan nya elegan dan ada nuansa Jazz , Arabic dan Melayu yang membentuk lagu perdana ku ini.

Tidak pernah aku membayangkan bahawa diriku ini mampu berlabuh di industry music yang paling besar dinusantaraSudah ku lewati waktu – waktu kecemasan…. Ternyata Allah memberikan ku jalan. Syukuri saja pemberian-Nya dan mengharapkan yang terbaik. Semoga ini menjadi permulaan yang amat baik bagi diriku. Amin.”

Lagu Ya Iyalah ini pernah dilagukan oleh Fakhrul Razi dalam satu persembahan.

Antara bait menarik dalam lagu ini ialah:

Kamu yang aku mau, sayangku
Kamu yang aku perlu, wahai cintaku,
Kamu pegang hatiku di tanganmu
Namun belum kau peluk dakapanku

ya iyalah ya iyalah
ku mahu diriku menjadi pendampingmu

ya iyalah ya iyalah
ku mahu diriku bahagia bersamamu

Semoga karier Fakhrul Razi terus berkembang di sana. Jangan lupa pula peminat anda di Malaysia ya. Hehe. Good luck!

Budiey dengar, selain Fakhrul Razi, penyanyi Shiha Mentor juga semakin mendapat tempat di hati peminat muzik di Indonesia. Tahniah semuanya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Instagram Digodam, Arja Lee Gagal Padam Video Berseluar Dalam

Ada Sebab Ziana Zain Pilih Azlina Dalam SEIRAS SEIRAMA