in , , , ,

ZIANA & ANUAR ZAIN, MEET UNCLE HUSSIN, 6IXTH SENSE, ELYANA KONSERT FENOMENA

KHAS RAYA : KONSERT FENOMENA LIMA HARI BERTURUT-TURUT MENGHIBURKAN PENONTON MENERUSI RTM2

Program hiburan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya tidak pernah menghampakan penonton setia salurannya dengan membariskan artis-artis terkenal tanah air dengan pelbagai genre muzik yang diyakini mampu memenuhi selera dan kehendak mereka.

Sempena perayaan Aidilfitri ini, RTM menghidangkan Konsert Fenomena lima hari berturut-turut yang menggabungkan dua artis berkongsi pentas yang sama mengiburkan penonton. Ia melibatkan artis tersohor dan juga yang sedang meniti nama dalam industri tanah air iaitu Ziana & Anuar Zain (1 Oktober), Meet Uncle Hussin & Mus (2 Oktober), Sofaz & 6ixth Sense (3 Oktober), Elyana & Fabulous Cats Pada Sabtu  (4 Oktober) dan Fenomena Kristal & Ifa Raziah (5 Oktober), setiap jam 3.00 petang menerusi RTM2.

Sebagai pembuka tirai, program hiburan dimulai Konsert Fenomena Ziana & Anuar Zain pada hari Rabu, 1 Oktober, 3.00 petang ini yang menggabungkan dua artis adik-beradik terkenal tanah air berkongsi pentas menghiburkan peminat-peminat setia mereka Hari Raya Pertama ini. Konsert ini menampilkan seleksi lagu-lagu popular mereka dan lagu-lagu raya nyayian mereka. Selain itu, persembahan mereka turut diserikan dengan dua penyanyi undangan, Liza Aziz dan Jay Jay. Antara lagu-lagu yang dinyayikan secara solo dan duet oleh Ziana dan Anuar iaitu Suasana Hari Raya (duet), Selamat Hari Raya (Ziana), Dalam Kesakitan Ini (Ziana), Kau Bunga Cintaku (Anuar), Ketulusan Hati (Anuar), Lelaki Ini (Anuar), Kehadiran Mu (Ziana) dan Menjelang Raya.

Menyusul kemudiannya Konsert Fenomena Meet Uncle Hussin & Mus Pada Khamis  (2 Oktober 2008), jam 3.00 petang yang menampilkan kelainan ingin ditonjolkan kepada penonton dengan kombinasi irama modern rock dibawakan Mus dan modern rock dipersembahkan oleh kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussin. Mus bukan sahaja menyanyikan lagu bersama May malah lagu popularnya bersama Wings. Pastinya peminat setia Meet Uncle Hussin teruja menyaksikan persembahan dua lagu baru mereka Hilang dan Pari-Pari Di Bawa Angin. Selain turut mengundang Farah AF menyerikan lagi program ini.

Setelah itu penonton terutamanya golongan remaja yang meminati muzik indie diajak berhibur menerusi Konsert Fenomena Sofaz & 6ixth Sense Pada Jumaat  (3 Oktober 2008), jam 3.00 petang. Kali ini buat pertama RTM menggandingkan kumpulan pop dan indie iaitu Sofaz dan 6ixth Sense dalam Konsert Fenomena Sofaz & 6ixth Sense. Kolaburasi hebat ini melalui persembahan lagu-lagu dan skil permainan muzik kedua-dua kumpulan menerusi lagu Satu Hari Di Hari Raya dan Mentera Semerah Padi sebagai merakamkan perhargaan buat idola mereka, M.Nasir. Mereka turut menyanyikan lagu popular masing-masing selain diserikan artis undangan, Azharina Azhar.

Manakala bagi penggemar muzik hip hop dan segar kemudiannya anda pastinya terhibur menerusi  Konsert Fenomena Elyana & Fabulous Cats Pada Sabtu  (4 Oktober 2008), jam 3.00 petang. Kolaburasi yang mantap apabila RTM menggabungkan artis-artis ikon remaja berkongsi pentas menghiburkan penonton hari raya ini menerusi Konsert Fenomena Elyana & Fabulous Cats di samping atis undangan Kumpulan Ultimate, Ash Nair, Nabil dan tidak ketinggalan Kumpulan Spider.  Mereka bakal mendendangkan seleksi lagu-lagu terhangat masing-masing dan semestinya bersama-sama menyanyikan rangkaian nostalgia lagu-lagu raya seperti Suasana Hari Raya dan Seloka Hari Raya.

Slot Konsert Fenomena khas Aidilfitri ini diakhiri dengan  Konsert Fenomena Kristal & Ifa Raziah Pada Ahad  (5 Oktober 2008), jam 3.00 petang, gabungan muzik yang unik antara rock daan moden dangdut bakal menghiburkan Hari Raya anda dengan menampilkan Kumpulan Kristal dan Ifa Raziah. Menariknya penonton buat julung kalinya dapat menyaksikan banyak lagu duet antara Kristal, Ifa Raziah dan juga artis undangan mereka Ameng (Spring) dan Bob menyampaikan lagu-lagu popular pilihan mereka di samping lagu-lagu raya malar segar seperti Cahaya Aidilfitri, Halaman Asmara dan Seloka Hari Raya.

Justeru, usah ketinggalan berhibur dengan artis-artis kesayangan anda menerusi Konsert Fenomena yang menampilkan artis Ziana & Anuar Zain (1 Oktober), Meet Uncle Hussin & Mus (2 Oktober), Sofaz & 6ixth Sense (3 Oktober), Elyana & Fabulous Cats Pada Sabtu  (4 Oktober) dan Fenomena Kristal & Ifa Raziah (5 Oktober), setiap jam 3.00 petang di RTM2 menghiburkan anda sepanjang lebaran ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HANS ISAAC SUDAH BERPUNYA

Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?