in , ,

Zed Zaidi Jawab Isu Tohmahan Adlin Aman Ramli

Isu pergaduhan di Twitter antara Adlin Aman Ramli & Zed Zaidi berkenaan persatuan Seniman agak hangat diperkatakan. Melalui tweet yang dilemparkan Adlin, Zed dihentam teruk gara-gara membuat laporan polis terhadap Vanidah Imran.

zed zaidi adlin

Zed telah tampil bagi mempertahankan dirinya dan telah membuat press conference. Dia berkata:

Kalau dakwaan dia kononnya saya tidak boleh mengendalikan persatuan dengan baik, kenapa ahli mengundi dan memberi kepercayaan kepada saya sebagai presiden persatuan. Sebelum ini saya pernah memimpin SENIMAN selama satu setengah tahun. Sebanyak 500 program yang saya jalankan untuk menaikan nama Seniman. Kalau setakat 20 tahun jadi ahli SENIMAN tetapi tidak pernah datang mesyuarat ahli dan hanya bila mahu bertanding saja baru datang, tidak perlulah bercakap apa-apa.

Dia hanya juruaudit bukan AJK dan dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dalam mesyuarat yang kami adakan pada 15 Oktober lalu. Jika dia seorang profesional sepatutnya mendapatkan penjelesan daripada saya bukan hanya dari sebelah pihak saja. Dia bukan ada kredibiliti dalam persatuan dan tidak tahu tentang hal pentadbiran sesebuah persatuan.

Cuma, apa yang kita nampak mengenai dia hanya dalam lakonan, pengarahan dan sebagai pengkritik. Dia jangan bawa ilmu lakonan dalam pentadbiran persatuan. Sebelum ini, dia pernah menjadi timbalan sebuah persatuan artis tetapi ke mana persatuan itu sekarang. Jika dia tidak tahu tentang pentadbiran persatuan, jangan bercakap apa-apa tentang persatuan. Lebih baik dia tutup mulut.

Kemelut ini tidak akan tamat jika masing-masing tidak duduk berbincang bersama. Kami berharap mereka dapat sitdown bersama menyelesaikan masalah tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Food Review Wonders of Christmas at Cinnamon Coffee House

Aeril Zafril Dalam Telemovie SEINDAH KASIHMU