in , ,

Zazo Maulana Menampilkan Tam Mustafah Dalam Single KASIH BERMULA

“KASIH BERMULA”, adalah hadiah buat peminat yang telah lama menantikan single hasil sentuhan daripada artis ternama iaitu Tam Mustafah (Spider).

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Tam Mustafah dan lirik ditulis oleh Inuria. Lagu ini juga dinanti-nantikan oleh pendengar kerana single ini merupakan yang pertama kali gandingan Zazo Maulana bersama Tam Mustafah. Zazo Maulana Merupakan artis baru yang sudah berkecimpung dalam dunia muzik selama 5 tahun dan lagu “Kasih Bermula” merupakan single pertamanya di bawah edaran Map Music. 

Lagu “Kasih Bermula” menceritakan tentang pasangan bahagia yang mengimbau kembali kisah awal pertemuan mereka sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta dihati mereka. Perasaan cinta hadir tanpa diduga sehingga membuatkan hari mereka bersinar dan bahagia. 

Lirik lagu ini pastinya menarik perhatian dan memukau para pendengar di luar sana. “Kasih Bermula” ini bakal menemui pendengar pada 28 Ogos 2020 di semua platform digital muzik. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada pihak media. Kami berharap semua peminat teruskan menyokong karya-karya daripada Tam Mustafah dan Zazo Maulana.

Zazo feat Tam Mustafah_Kasih Bermula_Cover_3000_logo

KASIH BERMULA – Zazo Maulana feat Tam Mustafah

Lagu: Tam Mustafah (OP Tamingsari Music/ SP Nova Music)

Lirik: Inuria (Arietta Publishing)

P & C 2020 MapMusic & Arietta Publishing

Bertemu tanpa diduga

Menyapa dengan kata seadanya

Untuk keduanya kita berjumpa

Terjalin kata dan cerita bersama

Kini jiwaku rasa tak kuasa

Berawal tanpa rasa di dada

Apakah aku suka dan mencinta

Kian ku tepis

Kian nyata adanya 

Gemuruh hadir di dada

Saat tetap gelisah mu di mata

Tanya mu terucap bak membahana

Dada ku bergoncang tak terdusta

Desah bibirku pun berkata sama

Di sinilah kisah kasih bermula

Sinar bahagia telah nyata di mata

Dalamnya rasa menemani jiwa

Terajut indah 

Antara kita berdua

Semoga selalu ada dan bercahaya

Saat tetap gelisah mu di mata

Tanya mu terucap bak membahana

Dada ku bergoncang tak terdusta

Desah bibirku pun berkata sama

Saat tetap gelisah mu di mata

Tanya mu terucap bak membahana

Dada ku bergoncang tak terdusta

Desah bibirku pun berkata sama

Desah bibirku pun berkata sama

Komposer : Tam Mustafah (OP Tamingsari Music/ SP Nova Music)

Lirik : Inuria (Arietta Publishing)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 Raih 12 Juta Tontonan

Misha Omar Akhirnya Cipta Lagu Pertama Berjudul TANPA RELA