in , ,

Isu Fitnah di Grup Telegram, Zarina Anjoulie Lantik Firma Berpengalaman

Sehari dua ini, media sosial panas apabila Zarina Anjoulie membuat teguran secara terbuka untuk artis yang meminta bantuan kerajaan selepas didakwa terjejas sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usahawan, pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah telah melantik firma perhubungan awam dan komunikasi krisis sebagai tindak balas bagi melindungi reputasinya setelah ada pihak tertentu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Saiful Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Saiful Ridzuan Public Relations and Communications di Shah Alam, mengesahkan bahawa firma beliau telah dilantik oleh Zarina.

“Firma perhubungan kami mengesahkan bahawa kami telah menandatangani perjanjian dengan usahawan, pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah pada hari ini,”

Saiful Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Saiful Ridzuan Public Relations and Communications.
Isu Fitnah di Grup Telegram, Zarina Anjoulie Lantik Firma Berpengalaman

Zarina telah melantik firma perhungan awam dan komunikasi krisis yang terkenal itu untuk membantunya melalui fasa seterusnya kerana terdapat beberapa individu telah memfitnahnya menerusi aplikasi pesanan baru-baru ini.

Individu-individu tersebut telah merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zarina dan telah memfitnah dan menuduh usahawan tersebut menghasut orang ramai untuk menyebarkan kebencian. Walaubagaimanapun, Zarina secara tegas menafikan semua tuduhan tidak berasas tersebut.

Isu Fitnah di Grup Telegram, Zarina Anjoulie Lantik Firma Berpengalaman
Saiful Ridzuan

Tindakan tersebut diambil oleh Zarina berikutan laporan media baru-baru ini yang melaporkan bahawa ada beberapa individu tertentu telah membuat laporan polis menuduh dan memfitnah Zarina yang kononnya beliau telah menyebarkan kebencian pada orang ramai melalui video yang dimuat naiknya di platform media sosial.

Dalam video tersebut, Zarina hanya berkongsi pandangannya bahawa kerajaan harus memberi keutamaan kepada orang kebiasaan yang paling memerlukan bantuan pada waktu kritikal sekarang ini.

“Saya merupakan seorang usahawan yang dikenali oleh orang ramai di negara ini dan saya telah mengambil masa bertahun-tahun untuk membina reputasi kukuh saya sebagai seorang usahawan.

Saya tidak akan berdiam diri ketika ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjatuhkan dan merosakkan reputasi saya.”

“Pada masa yang sama, saya bersyukur dan ingin ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang telah menyokong saya pada waktu yang mencabar bagi semua rakyat Malaysia sekarang ini,”

Zarina Anjoulie

Pada tahun 2018, firma itu mula menerima permintaan untuk membantu selebriti dan tokoh terkenal dalam industri hiburan. Klien mereka dari industri hiburan termasuk penyanyi Linda Rafar, kartunis politik Ronasina, pelakon Ammar Alfian dan Ustaz Abu Syafiq.

Ketika Linda Rafar diserang oleh pihak-pihak tertentu, firma Saiful Ridzuan berjaya mengetengahkan versi cerita artis tersebut kepada orang ramai, ini termasuk laporan berita muka depan beberapa akhbar utama tempatan.

Sumber: MB & Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19: Shuib Bantu Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

Covid-19: FDAM Boikot Penerbit Ingkar, Gesa FINAS Tarik Lesen