in ,

Covid-19: FDAM Boikot Penerbit Ingkar, Gesa FINAS Tarik Lesen

Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) akan memboikot penerbit yang meneruskan penggambaran tanpa kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jika ingkar, nama pengarah yang juga ahli FDAM disenarai hitam. Selain itu, FDAM akan menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menarik balik lesen penerbitan dan tidak akan meluluskan sokongan ke atas Sijil Perakuan Penggambaran FINAS.

Presidennya, Ahmad Ibrahim berkata, dia kesal dengan kenyataan beberapa penerbit minta kerajaan memberikan kelonggaran dengan membenarkan syarikat produksi meneruskan penggambaran dengan bersyarat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 28 April ini.

Ahmad Ibrahim FDAM

Katanya, FDAM tetap dengan pendirian tiada penggambaran filem atau drama dijalankan sepanjang tempoh PKP.

“Kami bertegas dan tiada kompromi terhadap isu keselamatan dan kesihatan tenaga kerja produksi. Ini menunjukkan ketamakan penerbit apabila sanggup menggadaikan nyawa tenaga kerja, tidak kira kru produksi, pengarah atau pelakon.

“Sebelum mengeluarkan kenyataan, mereka sepatutnya memikirkan kemungkinan berlaku. Penularan virus COVID-19 sedang kemuncak, jadi sanggupkah mereka menggadaikan nyawa tenaga kerja hanya disebabkan ketamakan?

“Semua orang terperangkap dalam musibah dan terjejas. Tak boleh bersabar sedikit lagi?,”

– Ahmad Ibrahim

Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, dia simpati dengan situasi yang berlaku apabila penggambaran ditunda.

“Semua agensi, syarikat, korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusaha dalam pelbagai sudut mempertahankan organisasi. Dijangka masalah ekonomi akan berlaku selepas virus COVID-19 berakhir.

“FDAM faham kesusahan dan keperitan dialami semua pihak termasuk penerbit. Ia memberi petanda industri seni menerima impak besar. Terlalu banyak kerja dan usaha pembaikan serta pembangunan semula perlu dilakukan.

“Namun, mampukah mereka mengawal penyebaran COVID-19 secara keseluruhan sekiranya penggambaran diteruskan?

Sekalipun berjanji mematuhi syarat keselamatan, tetapi adakah kita yakin dapat memutuskan rantaian virus ini,”

– Ahmad Ibrahim

Katanya, dari segi logik akal, mana mungkin pengawasan secara keseluruhan dapat dilakukan dan ada jaminan 100 peratus jika kerja penggambaran diteruskan.

“Penggambaran kebiasaannya membabitkan kerja berkumpulan dan mengambil masa yang panjang.

“Apa salahnya hanya untuk sekali seumur hidup kita mematuhi arahan kerajaan. Keyakinan perlu ada ketika memberi kerjasama kepada kerajaan.

“Tunjukkan kasih sayang dan sikap bertanggung jawab kepada keluarga dan menjaga kesihatan serta keselamatan. Kenapa perlu ambil ringan?,”

– Ahmad Ibrahim

Ahmad Ibrahim berkata, inilah masa yang sesuai penggiat seni memikirkan strategi membangun dan membina semula industri kreatif.

“Allah bagi ruang yang cukup berharga untuk kita mencari jalan membangunkan semula industri kreatif yang terjejas.

“FDAM berterima kasih kepada semua pihak termasuk FINAS, syarikat penerbitan filem dan pawagam atas usaha menangguhkan tayangan filem di pawagam demi membanteras virus COVID-19 daripada menular,”

– Ahmad Ibrahim

Sumber: BH Online

What do you think?

52 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isu Fitnah di Grup Telegram, Zarina Anjoulie Lantik Firma Berpengalaman

Liza Hanim Lancar Single TIADA Ubati Kerinduan Peminat