in ,

Covid-19: Shuib Bantu Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

Walaupun bantuannya mungkin kecil, namun usaha pelawak, Shuib Sepahtu dihargai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew Ebit muat naik ucapan menyentuh hati dalam ruangan Instagram (IG) Story, baru-baru ini.

“Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah.

“Terima kasih atas sumbangan,”

– Ebit Lew

Difahamkan, ia merujuk kepada sumbangan dan sokongan Shuib yang mengajak orang ramai menyokong usaha Ebit dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas berikutan penularan virus COVID-19 ini.

ebit lew

Suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu meminta orang ramai menyalurkan sumbangan kepada kerja amal yang dijalankan Ebit pada saat getir ini.

Shuib turut menyertakan nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia dinaungi Ebit bagi tujuan amal dalam entri IG.

Sebelum ini, Shuib menerima kecaman teruk netizen berikutan mempertahankan beberapa selebriti yang minta sumbangan untuk penggiat seni yang terjejas. Shuib tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan menerusi video yang dimuat naik dalam IG.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mahu Bergaya di Lebaran Ini, Pesonakan Dengan Koleksi Baju Raya Viral Larney

Isu Fitnah di Grup Telegram, Zarina Anjoulie Lantik Firma Berpengalaman