in , ,

Zamani Slam Dedah Kekasih Hati Sangat Memahami Karier Seninya

Penyanyi Zamani Slam yang menyertai Gegar Vaganza musim ke-5 itu mengakui bersyukur apabila mendapat seorang kekasih yang memahami kerjaya seninya selama ini.

Menurut Zamani, dia beryukur apabila semakin banyak menerima tawaran nyanyian pada tahun ini selepas tamat menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima.

Alhamdulillah, 2019 ini merupakan rezeki saya untuk terus berada dalam bidang ini dan saya bersyukur semakin banyak menerima tawaran nyanyian.

Gambar Kekasih Zamani
Anak Panah: Gambar Kekasih Zamani

“Mengenai kisah peribadi saya tak boleh nak kongsikan sangat kerana jika masanya tiba nanti saya akan war-warkan kepada semua.

“Namun, saya berterima kasih sebab si dia bagi peluang untuk saya teruskan kerjaya saya ini.

“Dia juga memahami tugas saya yang semakin sibuk dan antara salah satu ciri yang saya suka pasa dia ialah dia faham saya,”

Zamani via HLive!

Hati Zamani Kini Dimiliki, Apa Kata Netizen?

Jom lihat juga apa kata netizen, ada juga netizen yang meluahkan rasa cinta pada Zamani ya, Sweet nya kan :

Sebenarnya dah tahu Dari dulu lagi abang zamani hatinya sudah dimiliki Oleh wanita yang bernama Juliana Ni. If imbas balik and tgk YouTube beberapa klip mmg Juliana yang sentiasa bersama beliau. Malah dalam konsert Gv Juliana beberapa Kali menghadiri konsert dan berdiri di sebelah group adikabang fans club. Semasa konsert Gv yang abang zamani sakit, dapat dilihat Juliana menangis. Siapa pun jodoh beliau sebagai peminat, Kita perlu menyokong and merestui siapa pun Pilihan beliau. Honestly Saya pun meminati beliau and honestly memang jatuh hati pada beliau sejak di Zaman slam lagi, namun siapala Kita , hanyalah peminat yang beliau tidak pernah kenali pun, menyintai beliau dan ingin memiliki beliau namun di alam fantasi bukan reality kerna hatinya sudah dimiliki. Ap2 pun semoga abang zamani bahagia selamanya. Semoga jodoh berkekalan and Juliana dapat menjaga beliau smpai akhir Hayat. Amin yarobalamin

Aku terima je siapa pun jodoh Zamani…tapi aku nak bagi soalan…Kalau Zamani sakit..sanggup ke dia berkorban menjadi kaki dan tangan untuk Zamani?mungkin ibubapa perempuan tu yang belum pasti nak terima Zamani..ialah..,siapa yang mahu anak dia hidup dengan lelaki yang di ketahui dah sakit…,Moga Zamani sembuh dan sihat.Nak tengok Zamani naik pelamin dan hidup bahgia..Harap bakal isteri Zamani..terima Zamani seadanya..sanggup hidup susah senang ngan dia..

Siapa pun jodoh Zamani, ingatlah yang cik sebenarnya mengahwini semua umat Melayu dan Islam di dunia kerna beliaulah Aduka bani Adam. Cik juga memelihara warisan generasi pejuang kemerdekaan tanahair kerna beliau juga ialah Bongkok Tualang Tiga

Dah kenal lama dah memahami antara satu sama lain kawin je lah Zamani ..jgn nanti jadi mcm Ct plak lagi , dah kenal 6thn akhirnya terpisah .. Yg ni dah kenal 5thn apa lagi nak tunggu ..nanti terpisah lagi sbb tunggu lama Sgt Zamani masuk meminang ..wanita pun bosan gak jika x ada kepastian .. Jgn tunggu lama² nanti diambil org .. Apa pun semua tu berblk jodoh ..kerana jodoh ketentuan Allah .. Jika x ada jodoh mmg mcm² halangan .. Semuga segalanya berakhir dgn baik jgn ada yg patah hati lagi ..all the best for Zamani ..

Tidak lama lagi, Zamani akan melancarkan sebuah single terbaharu yang dinantikan oleh ramai peminat beliau berjudul ADUH! hasil karya dari penyanyi dan komposer Faizal Tahir.

Sama-sama kita doakan semoga Zamani sentiasa bahagia dan sihat menjalani kehidupan. Semoga dengan kehadiran kekasih hati dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan yang berpanjangan sampai bila-bila.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Hatta Dolmat Bridal Paling Out Standing di KL Wedding Festival 2019

Isu Emma Buka Tudung, Mufti Pahang Bersuara