in , ,

Showcase Hatta Dolmat Bridal Paling Out Standing di KL Wedding Festival 2019

Dihadiri oleh selebriti top A Malaysia, pertunjukan fesyen dua orang pereka fesyen popular Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini berlangsung dengan jaya di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. Budiey berkesempatan untuk hadir di acara ini dan dapat melihat sendiri rekaan terbaharu baju pengantin mereka berdua.

Ramai media berpendapat, kemunculan rekaan terbaharu Hatta Dolmat untuk koleksi Hatta Dolmat Bridal 2019 seperti mahu buat comeback. Malah, kali ini dianggap paling out standing dari mana-mana showcase yang dibuat. Mungkin kerana Hatta dah lama tak buat showcase semacam ini. Kali terakhir pun rasanya dalam tahun 2015 kalau tak silap, di mana pada ketika itu Hatta pernah bikin gempak dengan rekaan yang sangat menarik. Kebaboom!

Khabarnya, butik Hatta dah berpindah dari Shah Alam ke Kuala Lumpur sejak November tahun lepas, betul ke tak Budiey pun tak pasti sebab Hatta tak de pulak nak ajak datang ke butik barunya tu.

Untuk acara itu Hatta telah menampilkan 14 koleksi pengantin, rekaan terbaharu Hatta dilihat sebagai cerminan transisi baru dirinya untuk terus teguh berjuang memahat nama sebagai pereka fesyen.

Hatta Dolmat Bridal 2019

“Koleksi ini menggunakan fabrik yang berstruktur, cetakan neo nipis dengan setiap baju itu saya tampilkan teksturnya. Malah kehadiran kelopak bunga jadi penyeri sekali gus mengekalkan sentuhan saya selama ini.

“Setiap baju yang dipersembahkan juga ada gaya yang cuba menyuntik aura koleksi antarabangsa ke sentuhan tempatan,”

– Hatta Dolmat

Kali terakhir beliau mempersembahkan koleksi pengantin pada tahun 2015 dan ketika itu pembabitan saya memberi impak besar.

Hatta Dolmat Bridal 2019

Hatta sememangnya dikenali sebagai seorang pereka fesyen kreatif dan sentiasa menghasilkan sesuatu diluar kotak.

Mainan kelopak petals dalam helaian fabrik neoprene, renda Perancis dan kemilau sekuin indah, mencipta dramatik dalam persalinan romantis! 

“Bagi saya adil untuk seseorang pereka fesyen itu merehatkan diri dan tidak terlalu kerap mengambil semua peluang di depan mata.

“Saya tak ralat melepaskan peluang itu. Saya tak mahu dilihat seperti ‘terpaksa’ mengeluarkan sesuatu koleksi rekaan dan akhirnya ia tidak meninggalkan impak.

“Tidak mahu idea atau kreativiti terus-terusan memaksa mereka pakaian hanya kerana ingin menyertai pertunjukan fesyen dianjurkan.”

“Saya umpama keluar daripada gua pertapaan. Malah ruang ‘berehat’ itu saya lihat jadi strategi terbaik mengeluarkan idea yang lebih menarik serta segar. Jadi segala yang terdetik dalam fikiran dan kreativiti tersimpan lama selama untuk diperagakan,”

– Hatta Dolmat
Hatta Dolmat Bridal 2019

Rekaan Baju Pengantin Mencabar Kreativiti

Selepas 19 tahun menceburi dunia fesyen tanah air, Hatta melihat sokongan yang diberikan teman seperjuangan termasuk Rizman dan persekitaran lain sebagai masa terbaik menyerlah sisi kreativiti untuk koleksi ini.

Ditanya mengenai kerjasamanya kali ini berkongsi pentas dengan Rizman Ruzaini, ia juga bukti bahawa hubungan mereka yang pernah keruh selama sejak beberapa tahun lalu sudah mulai jernih.

“Kami sudah lupa dan tutup cerita lama. Kami buka buku baru. Rizman pun sangat menyokong. Kami sama-sama mahu memandang ke hadapan dan sama-sama mencipta kejayaan. Kami juga sama-sama beri sokongan dan galakan.

“Saya percaya semua ini terus mengukuhkan ukhuwah dan persahabatan yang sudah lama terjalin. Kadang-kadang dalam hidup ini kita bukan mahu apa sangat pun, cukup sokongan positif sebegini. Sokongan sebegini terus buat daya juang dan semangat saya mencanak naik. Semua ini bantu saya jadi terus kreatif menghasilkan karya yang lebih hebat,

“Sudah pasti menerima anugerah yang mengiktiraf saya sebagai pereka fesyen terbaik termasuk Anugerah Pereka Popular dan meraih Pakaian Terbaik untuk beberapa kali menerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) antara memori indah.

“Paling manis saya menerima anugerah bersama Datuk Siti Nurhaliza di majlis anugerah UDC Bussiness Award. Saya menang untuk kategori Pereka Fesyen Terbaik 2011.”

– Hatta Dolmat

The Wedding KL berlangsung di Hotel The Marriot, Kuala Lumpur, 25 hingga 27 Januari 2019. Membariskan 20 pereka fesyen terkemuka tanah air mempersembahkan koleksi baju pengantin eksklusif mereka, Hatta Dolmat Bridal 2019, mendahului dengan rekaan  paling ‘out standing’ sepanjang acara itu berlangsung. 

Semoga Hatta Dolmat terus sukses di tahun 2019 dengan menghasilkan rekaan yang lebih mantap. Tahniah untuk kejayaan acara ini.

Hatta Dolmat Bridal 2019
Hatta Dolmat Bridal 2019
Hatta Dolmat Bridal 2019
Hatta Dolmat Bridal 2019
Hatta Dolmat Bridal 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Fad Bocey Dedah Sebab Utama Pakai Tudung

Zamani Slam Dedah Kekasih Hati Sangat Memahami Karier Seninya