in ,

Gagal Perform DEKAT PADAMU, Zamani Dedah Situasi Sebenar

Ramai yang terkejut apabila Zamani gagal menyanyi dengan baik semasa persembahan lagu DEKAT PADAMU nyanyian asal Yusry di Konsert GEGAR VAGANZA Separuh Akhir.

Zamani menafikan beliau lupa lirik. Tidak mungkin lupa lirik sebab ada monitor di hadapan. Sebaliknya, Zamani mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’.

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini. Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu. Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya. Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ground Team Red Lancar Pusat Kawalan Digital Pertama di Malaysia

EKSKLUSIF: Zulin Aziz Bertegas Video Muzik DAN KETIKA ITU Bukan Gimik