in , ,

Bekas Penyanyi HyperAct, Kecik Kini Jadi Vokalis Baharu Kristal

Tahniah buat Kecik. Semoga bakat Kecik bersama kumpulan Kristal akan terus digilap dan isu-isu Kecik bersama kumpulan sebelum ini dijadikan pengajaran untuk menjadi vokalis lebih berdisiplin. Do the best, Kecik!

Semasa majlis memperkenalkan vokalis baharu Kristal kepada media yang diadakan semalam, Kristal telah mengumumkan mereka kini telah ada pengganti Lan Solo iaitu Kecik di mana sebelum ini beliau menjadi bekas penyanyi kumpulan HyperAct.

Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 24, dipilih untuk mengisi kekosongan vokalis kumpulan Kristal kerana lontaran vokal yang bermutu dan kebolehan membawa lagu-lagu Kristal dengan baik sekali.

Wakil kumpulan Kristal, Muhammad Rodi Baharuddin atau Rodi, 32, berkata, Kecik dipilih kerana mutu vokal dan keupayaannya untuk menyanyi pelbagai jenis lagu.

Kristal

“Dari segi nyanyian, Kecik mempunyai kredibiliti yang luar biasa sebagai seorang penyanyi rock. Dia mempunyai jiwa sewaktu membawakan lagu-lagu Kristal.

“Jadi, kami berharap agar pemilihan Kecik ini dapat memberi nafas baharu kepada kumpulan kami.”

Pada majlis yang sama, Kristal turut melancarkan single terbaharu mereka, Cintaku Kristal.

Dalam pada itu, Kecik berharap agar penyertaannya bersama Kristal dapat diterima khalayak, khususnya peminat tegar kumpulan tersebut.

“Saya berharap agar peminat dapat menerima saya seadaanya dan melihat saya sebagai vokalis Kristal, bukan penyanyi kumpulan lain.

“Menerusi penglibatan saya dengan Kristal, saya juga akan berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik.”

Terdahulu, penyanyi asal Kristal, Lan, mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut selepas berlaku krisis dalaman sewaktu Lan menyertai Gegar Vaganza musim keempat November tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Kristal akan mengadakan persembahan istimewa di House, G Tower, Kuala Lumpur pada 24 November depan.

Tiket berharga RM60 boleh didapati pada hari dan lokasi persembahan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jalil Hamid Terhina Ditawar RM1,500 Untuk Watak Utama

Astro Fetes Its Customers With GV Prakash Concert In Malaysia