in , ,

EKSKLUSIF: Zulin Aziz Bertegas Video Muzik DAN KETIKA ITU Bukan Gimik

Mungkin ada yang tak mengerti apa yang dialami. Berat mata memandang berat lagi yang memikul bebanan perasaan. Itu yang boleh dikatakan tentang perasaan yang dialami Zulin Aziz.

Trending di Youtube sekarang ini ialah sebuah muzik video berjudul DAN KETIKA ITU nyanyian Zulin Aziz. Dikatakan penghasilan muzik video tersebut ‘tak dirancang’ selepas Zulin Aziz tidak jadi untuk berkahwin dengan seorang jejaka pilihan hatinya.

Menurut Zulin, beliau mahu mengajak semua agar memahami hikmah yang tersirat dari tragedi itu dan mengajak semua agar kembali kepada Allah.

Di sebalik ucapan TAHNIAH yang diterima, Zulin Aziz masih lagi bersedih dan mahu move on. Beliau mengatakan muzik video tersebut bukanlah satu gimik kerana penghasilannya tidak memberikan keuntungan dari segi wang ringgit. Lagu tersebut tidak dikomersialkan di saluran penstriman lain selain Youtube.

Semoga Zulin tabah melalui hidup yang penuh dugaan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gagal Perform DEKAT PADAMU, Zamani Dedah Situasi Sebenar

AirAsia Umum Kerjasama dengan (RED) & 88rising