in ,

Apa Sebab Haida Tersingkir dari Konsert GEGAR VAGANZA

Penyanyi Haida terpaksa akur tidak dapat meneruskan persembahannya dalam Gegar Vaganza keempat (GV4) apabila diumumkan tersingkir dalam pertandingan itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, malam Ahad.

Pada konsert minggu keempat ini, Haida yang menyanyikan lagu Memori Daun Pisang duet bersama Ezad Lazim mendapat markah terendah iaitu 53.2 peratus selepas dinilai oleh juri profesional.

Dengan tema ‘Berdua Lebih Baik’, konsert empat ini menyaksikan Hazami menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 86%. Bagaimanapun, tuah tidak berpihak kepada Haida apabila dia diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 53.2%

Sembilan bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterusnya adalah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana. Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 11 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Hazami – 86%

2. Liza Hanim – 83.6%

3. Aishah – 80.6%

4. Firman Siagian – 67.8%

5. Tia Jinbara – 67.8%

6. Lan Kristal – 67.8%

7. Elyana- 65%

8. Syura – 61%

9. Aqasha – 61%

10. Haida – 53.2%

Sementara itu, Elyana yang mempersembahkan lagu Aku Yang Tersakiti duet bersama Aepul Drama Band dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Program ini menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah tampil sebagai juri jemputan.

“Lagunya bagus, namun semasa nyanyian duet tiada harmoni dan seperti tak ada keserasian. Nampak tak lengkap, ini adalah pertandingan!,” kata Hetty yang ditugaskan memberi komen persembahan Haida.
Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan juri.

Pertandingan minggu ini mengetengahkan tema ‘berdua lebih baik’, yang mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu duet bersama penyanyi jemputan.

Dalam pada itu, Elyana yang menyanyikan lagu Aku Yang Tersakiti duet bersama Aepul Drama Band memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Elyana, Liza Hanim dan Syura.

GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara GV musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zain dari Jurutera Jadi Penyanyi Lancar Single IMPIAN RAHSIA

Celcom Embarks Digital Transformation With Digital Jam!