in ,

Pelakon Terkenal Zaibo Meninggal Dunia

Kami di Budiey.com ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Zaibo yang telah meninggal dunia petang tadi. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Pelakon veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal dunia di rumahnya di Rengit, dekat sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Berita sedih itu dikongsi oleh anak tirinya, Hafiz, dalam laman sosial Facebook (FB) yang mengesahkan Zaibo meninggal dunia akibat kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat yang dikesan sejak September lalu.

Zaibo Meninggal Dunia

“Assalamualaikum, saya Hafiz. Mewakili pihak keluarga Zainal Ariffin bin Abd Hamid atau Zaibo ingin memaklumkan bahawa ayah pergi dijemput Illahi pada jam 1.30 tengah hari ini.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih… Aminn,” katanya.

Berita Zaibo Meninggal Dapat Liputan Media

President Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave, turut mengesahkan hal berkenaan.

“Saya diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Puan Hawa mengenai berita sedih ini. Zaibo meninggal dunia dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.

Zaibo Meninggal Dunia

Isnin lalu, Zaibo sempat menerima kunjungan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Zaibo Meninggal Dunia

Mengidap Kanser Esofagus

Allahyarham dikesan menghidap penyakit kanser esofagus tahap empat pada 27 Ogos lalu dan pernah menjalani rawatan di Hospital Batu Pahat dan Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor selain dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Pelakon yang dikenali menerusi penampilannya dalam sitkom Spanar Jaya itu telah berhenti daripada mengambil sebarang kerja berlakon sejak dua tahun lalu.

Sepanjang Allahyarham bertarung dengan kansernya, khabar Zaibo hanya diketahui umum apabila ada rakan-rakan artis atau wartawan yang berkongsi tentangnya menerusi media sosial.

Zaibo Meninggal Dunia

Baru-baru ini, puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim juga sempat menziarahi pelakon itu di kediamannya di Rengit. Berdasarkan kapsyen gambar Tunku Aminah yang dimuat naik di akaun Instagram @TheRoyalJohor itu, beliau menziarahi Zaibo kerana selama ini mengikuti lakonan dan perkembangan kariernya.

Allahyarham Zaibo juga pernah memainkan watak yang diingati dalam sitkom Singapura, Under One Roof, selain berlakon dalam filem Awan Dania: The Movie, Manisnya Cinta Di Cappadocia, serta menggalas peranan kecil pada tahun 1999 menerusi filem Hollywood, Anna and the King.

Zaibo Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peminat Zamani Kena Carut Dengan Ramli MS Di Instagram

Anak Sulung Rahmad Mega Terima Ijazah Di UMP