in

Anak Sulung Rahmad Mega Terima Ijazah Di UMP

Anak penyanyi terkenal, Rahmad Mega atau nama sebenarnya, Rahmad Tohak, 49, antara seorang daripada 2,773 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-13 di UMP kampus Gambang di sini hari ini.

Anak sulungnya, Suhazri Amrin, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMP, Datuk Aishah Shaikh Ahmad.

Pada majlis bersejarah itu, Rahmad turut menghiburkan hadirin dengan mendendangkan lagu popularnya, Bayangan Gurauan.

Menurut Rahmad, dia terharu dan bersyukur dengan pencapaian anaknya dalam bidang akademik yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di UMP.

“Saya sentiasa menyokong minat anak-anak dan keempat-empat mereka lebih cenderung dalam akademik, tidak seperti saya menceburi bidang seni. Saya sentiasa memberi galakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Terkenal Zaibo Meninggal Dunia

Program DIARI RYKARL