in ,

Peminat Zamani Kena Carut Dengan Ramli MS Di Instagram

Pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang lalu, telah menyaksikan 6 orang peserta telah dipilih untuk berentap di konsert akhir. Salah satunya adalah, penyanyi legenda, Zamani.

Pemilihan Zamani Slam telah mengundang reaksi negatif dari netizen kerana persembahannya yang bermasalah. Pada malam itu juga, juri tetap, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram dilihat enggan memberi komen persembahan pertama Zamani.

Peminat Zamani Kena Carut Dengan Ramli MS Di Instagram

Hal ini telah mengundang rasa tidak berpuas hati di kalangan peminat fanatik Zamani, sehinggakan ada yang memberi amaran kepada Tok Ram di ruangan komen akaun instagramnya.

Sedar akan amaran itu, nampaknya Tok Ram tidak menunggu lama untuk membidas. Dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak kurang pedasnya.

Ternyata, peminat meletakkan harapan yang tinggi kepada Zamani untuk bergelar juara GV5. Selain Zamani, peringkat akhir GV5 turut memperlihatkan lima lagi peserta mara iaitu Amelina, Noryn Aziz, Dia Fadilla, Maya Ruslee dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.

Sumber: Hangat.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton ROBIN HOOD

Pelakon Terkenal Zaibo Meninggal Dunia