in , ,

Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Selamat Bertunang

IPOH: Pelakon Zahiril Adzim dan pengacara Shera Aiyob bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 20 November tahun ini di sini.

Sementara majlis resepsi perkahwinan akan dilakukan serentak untuk kedua-dua belah pihak pada 17 Disember tahun ini di Kuala Lumpur. Bagaimanapun kedua-duanya terpaksa merahsiakan jumlah wang hantaran dan mas kahwin sehingga menjelang majlis pernikahan nanti. Pasangan ini mengumumkan tentang majlis tersebut setelah selamat bertunang pada Ahad, di rumah keluarga Shera di Taman Tasek Indra, di sini.

zahiril shera

“Syukur, alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik. Saya berasa seronok dan teruja apabila selamat mengikat janji setelah lama cuba memikat hatinya. Hubungan cinta kami mula berputik sejak sama-sama berlakon dalam sebuah drama berjudul ‘Ada Sesuatu Yang Tertinggal’,” kata Zahiril yang segak memakai baju Melayu berwarna merah jambu, bersongkok dan bersamping.

Tambah pelakon yang sedang popular menerusi drama Juvana di TV3 ini, dia akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan sebelum mengambil cuti panjang selama sebulan sebelum menjelang hari pernikahannya.

Shera yang mengenakan persalinan berwarna sedondon dengan Zahiril rekaan Hatta Dolmat juga akan meneruskan kerjayanya sebagai pengacara Wanita Hari Ini dan pelakon. Terbaru, Shera muncul dalam filem Karak terbitan KRU Studios.

Kedua-duanya berkata, mereka saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing kerana menganggap tiada manusia yang betul-betul sempurna.

Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu.

Shera memilih pelamin berkonsepkan Inggeris dengan tema warna putih dan merah jambu direka oleh Zaid Sulaiman dari Za’ha Wedding Planner manakala solekan daripada Art Of Beauty. via Mstar Online

Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Selamat Bertunang

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bakal Kahwin 20 November

Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah