in , ,

Zack Zakwan Rakam Lagu TERLUKA, Tak Kisah Dikatakan Tiru Cara Tomok

Dapat bekerja dengan komposer senior adalah satu penghormatan buat pelapis baru seperti Zack Zakwan. Tambahan pula lagu-lagu sentuhan dan ciptaan beliau tidak pernah menghampakan dan menjadi malar segar hingga ke hari ini.

“Penyanyi baru seperti saya memang memerlukan lagu yang bagus dan mempunyai melodi yang boleh buat orang turut nyanyi bersama. saya bimbang jika dapat lagu yang tangkap muat sahaja, orang takkan perasan akan kewujudan saya dalam industri ini. Sebab itu bila di dengarkan lagu ini saya sangat teruja,”

– Zack ZAKWAN

TERLUKA – lagu ciptaan Aiman (Zul 2by2) lirik oleh Pujangga Malam dan Anje Maya merupakan lagu balada yang pastinya akan mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan remaja lewat 90an dan ke atas.

Zack Zakwan Rakam Semula Lagu TERLUKA, Tak Kisah Jika Dikatakan Macam Tomok

“Sumpah lagu ni best sangat, bila dengar melodi lagu ni mula- mula saya terbayang kumpuluan New Boyz, boboy, Spin dan lain lain.

Tapi Bila lagu sedap sure cabaran nya besar juga. Untuk mendapat  feel lagu ni sewaktu di studio saya memang perlukan bimbingan Abang Zul.

Di awal rakaman saya perlu ambil sedikit masa untuk menjiwai lagu ni, tapi serius best gila bekerja dengan abang Zul.

Ini satu pengalaman yang baru buat saya bila bekerja dengan komposer yang teliti macam abang Zul,”

– Zack 

Single terluka di rakamkan di NAR studio. TERLUKA merupakan single ke 4 Zack Zakwan setelah Kenangan, Diselubung Rindu dan Bagaimana (Duet bersama Muna Shahirah)

Mengimbau kenangan manis Ketika layak di pentas separuh akhir Juara lagu menerusi lagu Bagaimana. Zack menzahirkan rasa terharu dan teruja kerana sampai ke tahap itu.

“Saya tak pernah sangka secepat ini saya sampai ke pentas separuh akhir AJL walaupun tak dapat ke peringkat akhir.

Tapi saya rasa sangat puas sebab saya dah buat sehabis baik. Tak sia sia saya mendapat bimbingan cikgu Syafi.

Kerana saya boleh lihat sendiri perubahan keupyaan vokal saya selepas belajar Teknik nyanyian yang betul.

– Zack 
Zack Zakwan Rakam Semula Lagu TERLUKA, Tak Kisah Jika Dikatakan Macam Tomok

Bercakap tentang lagu terluka, Zack berkata tidak kisah jika ada pendengar akan ingat ini single terbaru tomok. 

“Kerana sewaktu sessi rakaman PR saya tegur. Eh kenapa dari luar dengar macam tomok.

Jujur saya katakan saya tidak meniru siapa siapa dalam nyanyian,apa yang saya bawakan itu adalah saya dan mungkin kebetulan feel lagu ini berjiwa begitu,”

– Zack 

Zack berharap single ke 4 ini membawa tuah kepada dirinya untuk berdiri sebagai penyanyi solo yang dikenali dan tidak hanya bersandarkan pada populariti lagu duet Bagaimana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAFFA AFFAR

Fenomena Luar Biasa! Single Sulung Raffa Affar CINTA SAMPAI MATI Viral Di Tik Tok

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV