in , ,

Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Bakal Nikah Bulan Depan atau 19 September?

Penyanyi Zizi Kirana dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Yusuf Bahrin dijadualkan pada bulan depan.

Memetik mStar Online, sumber mendedahkan pasangan itu telah pun menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan pernikahan dan sedang menunggu tarikh.

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabar agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah),”

– Sumber

Malah, Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis pernikahan tersebut.

Zizi Kirana

Bagaimanapun, portal itu melaporkan usaha untuk mendapatkan pengesahan mengenai itu masih tiada jawapan apabila Zizi dan Yusuf tidak menjawab panggilan atau pun mesej.

Terdahulu, kecoh panggilan sayang pelakon Yusuf Bahrin kepada penyanyi Zizi Kirana di IG Live baru-baru ini sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Zizi menjelaskan mereka kini berada dalam fasa berkawan baik, namun dia tidak menolak andai mereka bertemu jodoh.

Ditanya Kebenaran Bakal Nikahi Zizi Kirana, Ini Respon Ringkas Yusuf Bahrin

Khabar baik mengenai berita rancangan pernikahan di antara pelakon Yusuf Bahrin dengan penyanyi Zizi Kirana yang heboh diperkatakan hari ini masih dalam teka teki.

Gempak menghubungi Yusuf bagi mendapatkan pengesahan mengenai khabar dirinya akan menyunting penyanyi dengan nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil menerusi kiriman WhatsApp.

Pelakon tersebut bagaimanapun mengambil waktu beberapa jam sebelum menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya.

Tanpa mengiya atau menidakkan khabar tersebut, dengan sangat sopan, pelakon yang membintangi drama Perempuan Tanpa Dosa itu meminta maaf kerana tidak dapat menjawab rencana pernikahannya dengan Zizi Kirana yang dilaporkan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sebaliknya lelaki berusia 29 tahun itu mengucapkan terima kasih di atas doa (ucap tahniah atas pernikahan bersama Zizi Kirana jika benar) dan berjanji untuk kembali menghubungi penulis kelak.

“Mashaa Allah terima kasih atas doa awak tu.

“Tapi saya minta maaf sangat sangat sebab saya betul betul tengah sibuk urus hal family sekarang ini.

“In syaa Allah once dah selesai saya get back balik dengan awak ya,” katanya menerusi balasan kiriman WhatsApp sebentar tadi.

Terdahulu anak kelahiran Selangor ini dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi kelahiran Sabah,

Zizi Kirana apabila ada sumber mengesahkan mereka sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah.

Hubungan asmara mereka pertama kali dihidu selepas tular video rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan

‘Sayang’ ketika mengadakan sesi IG Live pada beberapa minggu lalu.

Pelantun lagu Eh tersebut sebelum ini mengaku mula akrab dengan Yusuf sekitar dua bulan lalu melalui laman Instagram.

Namun, Zizi, 36, sudah mengenali pelakon yang berusia 7 tahun lebih muda daripadanya itu sewaktu sama sama menjayakan program All Together dan enggan melabelkan atau berharap terhadap hubungan baik mereka.

Instagram: @zizi_kirana, @yusuf_bahrin

Sumber: Gempak

Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Nikah Esok?

Pasangan selebriti, Zizi Kirana, 36, dan Yusuf Bahrin, 29, dikatakan akan melangsungkan pernikahan, iaitu pada hari Ahad, tanggal 19 September.

Menurut sumber, pasangan terbabit yang mula mengenali pada sesi rakaman program All Together Now Malaysia dua bulan lalu itu dilaporkan tidak menunggu masa lama untuk mengikat janji dan meneruskan hubungan cinta yang dibina.

“Mereka dikatakan bakal melangsungkan pernikahan esok. Namun, maklumat lebih lanjut saya tidak dapat kongsikan,” katanya.

Sumber berkata, majlis pernikahan dijangka akan berlangsung di sebuah masjid di ibu kota.

Sementara itu, tinjauan di Instagram Story Zizi mendapati penyanyi itu seakan-akan meninggalkan tanda tanya apabila memuat naik sepotong ayat al-Quran.

“Kami bertawakal kepada Allah,” tulisnya dalam bahasa Arab di Intagram Story.

Terdahulu, portal media melaporkan Zizi dan Yusuf merancang untuk mendirikan rumah tangga bulan depan.

Mereka dikatakan sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan pernikahan.

Malah, Yusuf juga dikatakan sudah menyusun jadual penggambarannya supaya tidak bertembung dengan majlis dirancang.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Zizi dan Yusuf bagi mendapatkan penjelasan mengenai desas-desus pernikahan mereka tidak berjaya apabila mesej yang dihantar tidak dibalas.

Pada awal September lalu, rakaman video Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang ketika sesi Instagram tular di Internet sekali gus menguatkan lagi hubungan cinta mereka.

Sebelum ini, Zizi tidak menafikan dia rapat dengan Yusuf dan tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan ada jodoh.

“Kami mula berkawan sejak dua bulan lalu dan terbabit sama dalam program All Together Now Malaysia. Kami tak bercakap pun tapi mula bertegur menerusi Instagram pada Aidiladha lalu.

“Namun, sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon saja. Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang lembut tutur bicaranya dan baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nak Bernikah Bulan Depan? Yusuf Bahrin Jawab, Insya-Allah

“Insya-Allah doakan yang baik-baik”.

Itu respons ringkas pelakon meningkat naik Yusuf Bahrin kepada Kosmo! Online mengulas dakwaan ramai kononnya akan bernikah dengan penyanyi popular, Zizi Kirana bulan depan.

Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, dia meminta semua mendoakan yang baik-baik sahaja dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara (nikah) tersebut.

Bagaimanapun usaha Kosmo! Online mendapatkan Zizi tidak berjaya selepas panggilan dan mesej menerusi WhatsApp tidak dijawab serta berbalas.

Terdahulu, menerusi satu sumber kepada sebuah portal berita medakwa mereka telah pun menghantar dan mengemukakn dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah kelak.

“Sekarang tengah tunggu tarikh sahaja. Mungkin bulan depan (nikah),” demikian kata sumber tersebut seperti yang dipetik portal berita terbabit.

Tambah sumber tersebut, Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis yang dirancang tersebut.

Dalam pada itu, sebuah hantaran menggunakan bahasa Arab dalam InstaStory yang dimuat naik Zizi seakan-akan memberi bayangan dia kini berserah kepada ketentuan Allah.

“Tawakal kepada Allah,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini kecoh apabila tular rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi siaran langsung (live) awal September lalu.

Gembira melihat keterujaan peminat dengan kemesraan mereka, Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 37, menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan.

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berjaya Bintangi Filem Marvel Shang-Chi, Ronny Chieng Akui Masih Setia Pada Malaysia

Siri Xiaomi 11T Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 23 September