in , ,

Siri Xiaomi 11T Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 23 September

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bakal mengadakan sebuah acara pelancaran produk terbaharu secara atas talian pada 23 September 2021.

Melaluinya, peranti terkini mereka iaitu siri Xiaomi 11T akan dilancarkan secara rasmi di negara kita pada tarikh berkenaan.

Bersama-sama dengannya, Xiaomi turut sama dijangka mengumumkan ketersediaan untuk beberapa lagi produk lain, termasuklah tablet Mi Pad 5 yang telah dilancarkan secara global tempoh hari. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

Siri Xiaomi 11T Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 23 September

Siri Xiaomi 11T merupakan peranti global pertama keluaran Xiaomi yang tidak lagi menggunakan nama “Mi”. Ianya terdiri dengan dua model berbeza iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro. Kedua-duanya berkongsi sejumlah aspek yang sama – baik dari segi penawaran dalaman mahupun luaran.

Beza utama hanya terletak pada cip pemprosesan dan sokongan untuk pengecasan pantas. Di mana, 11T menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200-Ultra bersama pengecasan pantas 67W. Sementara itu, 11T Pro pula menggunakan cip Snapdragon 888 bersama pengecasan pantas 120W.

Siri Xiaomi 11T Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 23 September

Lain-lain spesifikasi adalah sama di mana, menawarkan skrin AMOLED 6.67-inci, kadar segar semula mencapai 120Hz, bateri 5000mAh, sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 108-Megapixel (f/1.75) (ultra-lebar) + 8-Megapixel (f/2.2) (sudut ultra-lebar) + 5-Megapixel (f/2.4) (telemakro) dan kamera hadapan 16-Megapixel (f/2.45).

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Bakal Nikah Bulan Depan atau 19 September?

Nourul Depp Akhirnya Terbang ke Bali Setelah Sekian Lama Tergendala