in , , ,

Tarikh Entri Eleena Sui Jadi Persoalan, Hannah Delisha Didakwa Kahwin Tahun Lepas?

Baru sahaja melansungkan perkahwinan 18 Februari lalu, Hannah Delisha mendapat perhatian selepas ibunya memuat naik hantaran kata-kata puitis berbentuk luahan perasaan dengan tanda pagar #IbuTidakRestu. Perkara ini mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai rumah tangga yang baru dibina itu.

Ibu mentua, Mariana Yati menerusi Instagram dilihat turut memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan bersama kapsyen mendoakan agar pasangan itu kekal sehingga ke syurga. Dia memohon agar Imam Shah dan Hannah teruskan bersabar.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kehadiran pelakon, Eleena Sui di majlis pernikahan yang diadakan di Singapura itu. Memetik laporan portal mStar, Eleena Sui didakwa pernah berkongsi foto memakai baju yang sama dengan latar belakang pelamin seperti yang dikongsi ibu mentua Hannah Delisha. Apa yang menjadi tanda tanya adalah foto yang dimuat naik Eleena Sui bertarikh 19 Februari 2020.

Lesung Pipit Anak Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Curi Perhatian Netizen

Dakwaan ini sekali gus menjadi tanda tanya orang ramai mengenai tarikh sebenar pernikahan pelakon cantik ini. Netizen turut membanjiri bahagian komen di foto Eleena Sui memohon penjelasan mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata netizen di media sosial tetap mendoakan pasangan tersebut kerana sudah menghalalkan hubungan tidak kira bila tarikh sebenar ia berlangsung.

Lesung Pipit Anak Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Curi Perhatian Netizen

“Carilah Pasangan Yang Terbaik..” – Entri Ibu Hannah Delisha Setahun Lalu Jadi Perhatian Netizen

Pastinya ramai yang berasa terkejut apabila mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa ibu Hannah Delisha sepertinya tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu dengan Imam Shah.

Makin menjadi bualan ramai apabila foto Eleena Sui dan pengantin baru tersebut yang dimuat naik oleh ibu mentua Hannah sepertinya memberikan gambaran bahawa pernikahan pelakon itu sebenarnya sudah berlangsung sejak Februari tahun lepas lagi.

Semakin dikaji, netizen telah menemui entri ibu Hannah yang bertarikh 22 Februari 2020 di mana ia berdekatan dengan kononnya, tarikh asal penikahan pelakon wanita itu.

Sepertinya wanita itu yang meluahkan rasa gembira melihat Zahirah Macwilson dan Emma Maembong bertemu pasangan pilihan mereka selain dua pelakon wanita itu dijadikan gambar utama pada entri panjang tersebut.

“Memilih pasangan yang terbaik terletak di akhlaknya , kesopanan cara pemikirannya dan cara-cara tindakannya …semuanya harus kejalur kerohanian yang murni itu lah ciri pasangan yang baik …baru lah boleh menjadi pembimbing yang adil dan bijak …bukan yang penuh kebiadapan yang keterlaluan.. sehingga tidak mengenal cara berdepan dengan orang yang lebih tua.”

Malah ibu Hannah juga dilihat berpesan supaya setiap anak-anak mentaati perintah kedua ibu bapa kerana hukumnya ialah haram sekiranya menderhakai mereka.

Mungkin hanya kebetulan, namun netizen berpandangan bahawa entri ini mempunyai kaitan dengan isu yangs edang hangat diperkatakan mengenai pernikahan Hannah Delisha dan Imam Shah.

Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada pasangan itu sendiri.

Hannah Delisha akhirnya jawab kontroversi… “Sama seperti anda, saya pun ada masalah peribadi”

RENTETAN daripada pelbagai kisah perkahwinan dan masalah keluarga terdedah sehingga menimbulkan pelbagai persoalan, aktres Hannah Delisha akhirnya bersuara bagi meredakan keadaan.

Ujar Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, sebagai manusia dia juga tidak dapat lari daripada berdepan masalah peribadi.

“Minta maaf di atas segala perhatian yang tidak diingini terhadap saya pada ketika ini.

“Ya, sama seperti anda saya pun mempunyai masalah peribadi. Saya mohon maaf yang ia sudah sampai ke pengetahuan umum,” katanya.

Hannah berkata demikian menerusi kenyataan tiga para di Instastory, Instagram miliknya pada Rabu malam.

Sejak awal minggu ini nama Hannah hangat diperkatakan bermula daripada dakwaan apabila perkahwinannya dengan Imam Shah, 32, didakwa tidak mendapat restu ibu Hannah iaitu Noor Asyikin Ahmad.

Ya, sama seperti anda saya pun mempunyai masalah peribadi.

– HANNAH DELISHA

Selepas itu timbul pula dakwaan kononnya dia menyembunyikan perkahwinan yang dikatakan sudah pun berlangsung pada Februari 2020, setahun lebih awal daripada tarikh Hannah berkongsi foto majlis pernikahan bertarikh 18 Februari 2021.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati mendakwa menantunya itu berdepan masalah dengan ibu kandungnya sejak sekian lama.

Sementara itu dalam kenyataan sama Hannah berkata sebolehnya dia tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadi kepada umum.

“Sejak saya menceburi bidang ini, tujuan dan niat saya memang hanya untuk menghiburkan anda semua menerusi kerja, bukan mengenai kehidupan peribadi saya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menghindarkan diri daripada terpalit dengan cerita gosip dan ingin membanggakan negara kelahiran saya (Singapura).

“Saya harap tujuan dan niat asal saya itu dapat diteruskan seperti biasa… InsyaAllah,” ujarnya.

Sementara itu, Hannah juga memohon maaf jika kisah peribadinya kini menimbulkan rasa kurang senang peminat dan segelintir pihak.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan yang terbaik dan memberi ruang privasi kepadanya ketika saat sukar ini.

“Sekali lagi saya mohon maaf di atas berita kurang menyenangkan mengenai saya dan keluarga.

“Apa yang saya harapkan ialah doa anda semua dan saya diberikan privasi dalam menghadapi detik-detik sukar ini,” katanya.

*Sumber: mStar Online

Silih berganti kontroversi menghimpit pelakon cantik, Hannah Delisha, 25, sejak mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah, 32.

Selepas mengejutkan ramai berkahwin secara senyap pada 18 Februari lalu, timbul pula isu perkahwinan Hannah dan Imam tidak direstui ibu Hannah yang juga penyanyi Singapura, Noor Ashikin Ahmad.

Noor Ashikin memuat naik puisi berbentuk luahan hati, Hikayat Antah Berantah yang dipercayai dituju kepada anaknya menerusi laman sosial, Instagram (IG), tiga hari lalu. Menguatkan spekulasi apabila tanda pagar #ibutakrestu diletakkan dalam entri berkenaan.

Belum pun sempat menjawab persoalan yang ditimbulkan ibunya, Hannah dan Imam didakwa sudah berkahwin sejak setahun lalu. Spekulasi baru timbul apabila ibu mentua Hannah, Mariana Yati berkongsi beberapa gambar majlis perkahwinan Hannah dan Imam. Ini termasuklah gambar model dan pelakon, Eleena Sui yang turut hadir pada majlis perkahwinan berkenaan menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, gambar Eleena memakai busana berwarna biru duduk diapit Hannah dan suami dikatakan ‘kantoi’. Agak memeranjatkan Eleena pernah berkongsi memakai baju sama dan duduk atas pelamin pada majlis perkahwinan Hannah dan Imam pada tarikh 19 Februari tahun lalu.

Menerusi perkongsian dalam IG Story, malam ini, Hannah memuat naik kenyataan untuk meleraikan persoalan yang timbul mengenainya, sejak akhir-akhir ini.

“Assalamualaikum, saya memohon maaf atas perhatian yang tidak dikehendaki terhadap saya pada saat ini.

“Ya, saya juga memiliki masalah peribadi seperti orang lain. Saya mohon maaf cerita mula keluar menjadi tatapan umum,” tulisnya.

Pelakon filem Langsuir itu berkata, dia hanya mahu mengetengahkan bakatnya menerusi kerja, bukannya kisah peribadi sejak awal melangkah ke dunia seni.

“Saya sedaya upaya menjauhi diri gosip dan membawa nama negara kelahiran, Singapura dengan bermaruah.

“Saya berharap dapat berjalan atas paksi sama, insya-Allah,” tulisnya.

Hannah berkata, dia tidak menduga atas apa yang terjadi padanya.

“Sekali lagi, saya mohon maaf atas berita yang tidak menyenangkan mengenai saya dan keluarga. Anda layak menerima hal lebih baik berbanding kisah ini daripada saya.

“Apa yang dipinta adalah doa kalian dan berikan ruang privasi pada saat diuji,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon kacukan Melayu-Inggeris mengejutkan ramai apabila memilih Imam sebagai suami.

Hannah dan Imam disatukan dalam ikatan suami isteri dalam majlis akad nikah yang diadakan di Singapura. Berita gembira itu hanya dikongsi menerusi IG.

Sementara itu, ibu mentua Hannah, Mariana meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku pada menantunya itu.

Mariana yang juga pelakon Singapura mendakwa, hubungan Hannah dan ibunya sudah keruh sekian lama.

“Hannah budak baik. Saya kasihan melihatnya menangis setiap hari. Saya sentiasa mendoakan hubungan Hannah dan ibunya kembali pulih.

“Sebagai ibu, anak pun sudah selamat berkahwin, jadi doakan yang baik-baik sahajalah. Siapa kita mahu menolak takdir dan ketentuan Allah SWT,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melahirkan Penyanyi Yang Berkualiti, Todak Music Jalin Kerjasama Dengan Warner Music Malaysia

Harga Hidangan Diturunkan untuk Pelanggan, Santan Tawar Nilai Hebat Dengan Hidangan RM9.90