in , ,

Yung Raja Lancarkan EP Kejutan, ‘Mike’, Dengan Bunyi Yang Lebih Bergaya

‘MIKE’ merupakan EP pertama yang dilancarkan Yung Raja sebagai kejutan untuk peminat. Mula tersedia pada tengah malam ini, ‘MIKE’, yang mendapat sentuhan penerbit Flightsch & RIIDEM, bakal menyerikan lagi portolio seni rapper ini untuk tahun ini: Yung Raja dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 artis sedang meningkat naik oleh NME pada tahun 2021, single hitnya ‘Spice Boy’ berjaya menduduki carta Spotify Viral 50 Singapura & Malaysia dalam tempoh sehari selepas dilancarkan, dan lagunya ‘Mami’ turut menjadi sebutan Jimmy Fallon secara langsung di televisyen Amerika Syarikat.

Dalam EP yang mengandungi tiga buah lagu ini, ‘MIKE’ menampilkan sisi inovatif dan fleksibel rapper Singapura ini. Seorang yang bijak bermain dengan kata-kata, kebolehannya menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa Tamil yang tiada tandingan, ‘MIKE’ mengangkat Yung Raja ke tahap yang lebih tinggi dari segi permainan kata, keyakinan, dan kemahirannya. “Projek ini berasal dari sudut jiwa saya yang belum pernah saya terjemahkan di atas kertas,” kata Yung Raja. Menyifatkan ‘MIKE’ sebagai titik penting dalam kerjayanya, yang diharapkan bakal menjadi pemangkin untuk beliau terus memajukan dirinya sebagai artis hip-hop dwibahasa yang berkembang pesat di Asia Tenggara.

Yung Raja

Sedari awal, lagu yang menjadi judul EP ini mengandungi ciri-ciri khas karya Yung Raja: beliau merujuk kepada budaya pop Barat – dari batu permata hingga ke Gucci, ruang melepak hingga ke Gigi Hadid – dengan jalinan bunyi dan lirik yang berakar umbi pada identitinya yang berbangsa Tamil dari Asia Selatan. Yung Raja sangat luar biasa dalam melukis semula dan menyusun kembali sempadan antara aspirasi harian dan barang berharga.

Walaupun masih mengekalkan subjek yang sama, Yung Raja bakal menawan hati peminat dengan hala tuju muzik baru yang menampilkan produksi muzik yang eksentrik dan penuh gemilang menerusi garapan rentak ‘trap’ dengan skala muzik India Selatan, bagi mempersiapkan pendengar dalam menjangka perubahan yang bakal mendatang. Penyanyi rap, yang bijak dalam menyuntik keseronokan dan keriangan dalam muziknya, dilihat bakal mengukuhkan lagi kehadirannya dalam arena ini menerusi ‘MIKE’ sekaligus menjadikan peminat sentiasa menunggu langkah Yung Raja seterusnya di masa hadapan.

“Ketiga-tiga lagu ini adalah kisah saya. Kisah bagaimana saya berusaha untuk terus maju,” ulas Yung Raja mengenai ‘MIKE’. Lagu yang turut diberi judul EP ini, cuba memaparkan apa yang disebutkan rapper ini sebagai “bahagian yang sangat menarik” dalam hidupnya. Lagu ini penuh dengan keberanian dan keterujaan dalam mencari keseronokan, tetapi dengan sikap berjiwa kental – sesuatu yang Yung Raja telah temui sejak kebelakangan ini. “Saya belajar banyak dalam proses membuat projek ini,” katanya. “Saya tidak pernah merasakan sebebas ini dalam hidup saya … dalam pemikiran dan ekspresi saya. Begitu pentingnya meletakkan sesuatu itu pada perasaan kita dan bukannya pada apa yang ‘betul’ semata-mata”

Yung Raja yang kini penuh semangat untuk melangkah ke fasa berikutnya, meninggalkan pesan berikut untuk peminatnya: “Projek ini sangat istimewa bagi saya. Saya dedikasikan ia untuk orang Tamil di seluruh dunia – Untuk orang saya, dari orang anda, Shtambi Raja.”

‘MIKE’ kini tersedia di semua platform penstriman. Dengarkan di sini.

MENGENAI YUNG RAJA

Artis berjaya Singapura, Yung Raja telah diangkat sebagai artis hip hop dwibahasa membawa perubahan progresif di Asia Tenggara, yang terkenal dengan penyatuan budaya Barat dan Tamil dalam liriknya.

Yung Raja mula mengecapi kejayaan apabila menjadi tular di Malaysia dan Singapura berikutan penerbitan single debutnya “Mustafa”. Single keduanya, “Mad Blessings”, berjaya menarik perhatian Lupe Fiasco dan M.I.A. serta menjadi lagu Inggeris-Tamil pertama yang dimainkan di ERA, sebuah stesen radio Melayu terkemuka di Malaysia. Single ketiga Yung Raja “The Dance Song” mendapat sambutan hangat di Singapura, Malaysia dan India, yang mana lagu tersebut memperoleh lebih dari 6 juta tontonan di aplikasi TikTok hasil cabaran rasmi lagu itu. Hanya berbekalkan tiga lagu ini, rapper ini telah berjaya menjana lebih dari 3 juta kali penstriman di Spotify dan lebih dari 3 juta tontonan di YouTube. Dikagumi kerana penguasaan Bahasa Inggeris-Tamil yang hebat dalam rapnya, Yung Raja terus mendepani industri ini dengan penyampaian dwibahasa yang lancar dan menampilkan gabungan antara dua budaya berbeza sebagai titik permulaan untuk meraikan keterangkuman dalam masyarakat. Dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 artis sedang meningkat naik oleh NME pada tahun 2021, Yung Raja juga berjaya menempatkan dirinya di carta Spotify’s Viral 50 Singapura & Malaysia menerusi single terbaharu ‘Spice Boy’ sehari selepas ia dilancarkan. Pada bulan Julai 2021, ‘Mami’ telah  mendapat perhatian dan menjadi sebutan hos The Tonight Show, Jimmy Fallon, secara langsung di televisyen Amerika Syarikat, lalu memperkenalkan lagu ‘Mami’ ke peminat muzik global. Dalam tempoh semalaman, jumlah penstriman lagu itu melonjak dari 4,000 kali ke 583 ribu kali, manakala video Muzik ‘Mami’ menjana daripada 11.7 ribu tontonan kepada 170 ribu tontonan.

Yung Raja pernah bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal seperti BVLGARI, Gucci, Louis Vuitton, dan beliau juga terlibat sebagai Adidas Creator. Publisiti yang diterima antara lainnya, Yung Raja pernah muncul sebagai penghias kulit majalah Esquire Singapore (Mei 2020), Men’s Folio (November 2019 & Disember 2020), T Singapore dan turut dipaparkan dalam majalah Harper’s BAZAAR, VOGUE Singapore dan Female. Pada tahun 2019, Yung Raja berjaya memenangi Asian Academy Creative Award dalam kategori Penyampai Terbaik – Gaya Hidup / Hiburan untuk tugas pengacaraannya di Yo! MTV Raps.

Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura, Yung Raja beraspirasi untuk mengubah pandangan masyarakat di dalam dan luar negaranya, memberi inspirasi kepada generasi pemelihara budaya yang seterusnya, dan mengangkat hip hop Asia Tenggara ke pentas bertaraf dunia menerusi muziknya. Pada tahun 2019, rapper tersebut telah menandatangani kontrak bersama Def Jam South East Asia.

MENGENAI DEF JAM SOUTH EAST ASIA

Ditubuhkan pada tahun 1984, Def Jam Recordings bermula sebagai label bebas yang menawarkan kelainan hasil inspirasi dari budaya jalanan di pusat bandar New York City dan kemunculan bunyi hip-hop yang baharu. Selama 35 tahun, Def Jam telah menyajikan muzik hebat serta canggih dipelopori oleh bintang ikonik seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy. Dalam tempoh dua dekad, Def Jam berjaya mengukuhkan dominasinya dengan bintang bertaraf superstar seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan Kanye West yang tidak dapat ditandingi.

Hampir empat dekad ditubuhkan, Def Jam kini telah berkembang menjadi suatu jenama global dalam muzik dan gaya hidup – sinonim dengan kreativiti, kualiti dan ketulenan – yang menempatkan pelbagai bintang hebat di bawah lembayungnya, antaranya adalah West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, dan Jhene Aiko.

Dengan pelancaran Def Jam South East Asia, Def Jam telah mengesahkan kembali kecintaan dan komitmennya terhadap budaya hip-hop dengan memperluaskan jangkauan jenama globalnya ke pasaran baharu di Asia Tenggara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali | 19

Tahniah Nabila Razali! Lagu PELUANG KEDUA Raih 2X Anugerah Platinum

Hafiz Hamidun | 20

Hafiz Hamidun Muncul dengan Album Studio Terbaru Berjudul Zikir Terapi Acapella