in , ,

Tahniah Nabila Razali! Lagu PELUANG KEDUA Raih 2X Anugerah Platinum

Lebih setahun dilancarkan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya meraih 2x Platinum Award iaitu hasil melebihi RM400,000 di semua platform streaming dan YouTube.

Nabila meluahkan rasa syukur dan menganggap ia satu pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelah dalam mempromosikan lagu tersebut berbaloi. 

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik Bella buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini.  Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan. 

“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,”

– Nabila Razali
Tahniah Nabila Razali! Lagu PELUANG KEDUA Raih 2X Anugerah Platinum

Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih 2x Platinum Award kerana memenuhi kriteria berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000. Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000.

Tahniah Nabila Razali! Lagu PELUANG KEDUA Raih 2X Anugerah Platinum

Dalam pada itu, Nabila berkata, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu sendiri merupakan produk yang bagus dan berkualiti. Sebagai artis, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar. 

“Bagi Bella, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut. Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” katanya.

– Nabila Razali
Tahniah Nabila Razali! Lagu PELUANG KEDUA Raih 2X Anugerah Platinum

Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi. Seperti Peluang Kedua, dia berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar muzik Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ikrar Untuk Menyokong Tatakelakuan Bagi Industri Filem, TV & Penerbitan

Yung Raja Lancarkan EP Kejutan, ‘Mike’, Dengan Bunyi Yang Lebih Bergaya