in , ,

Hafiz Hamidun Muncul dengan Album Studio Terbaru Berjudul Zikir Terapi Acapella

Hafiz Hamidun mengumumkan kemunculan album penuh studio ke Sembilan beliau, Zikir Terapi Acapella, menerusi Arteffects.Universal Music Malaysia, syarikat muzik utama tanah air.

Album terbaru ini merupakan kesinambungan dari kejayaan album beliau Zikir Terapi Diri pada tahun 2011. Album fizikal Zikir Terapi Diri telah terjual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia dan mencatatkan lebih 100 juta tontonan di YouTube.

Tanpa keraguan, ini merupakan antara album yang paling berjaya pernah diterbitkan di Malaysia. Setelah sepuluh tahun album tersebut diterbitkan, Hafiz telah mengambil keputusan untuk kembali ke studio dan merakamkan versi acapella album tersebut.

HAFIZ HAMIDUN

Penerbitan album ini sangat luar biasa; meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan oleh Kerajaan berikutan kes COVID-19 di Malaysia, album ini telah diterbitkan secara maya, di mana Hafiz terpaksa bekerja dari jarak jauh bersama jururakam bunyi berikutan keterbatasan dan kekangan operasi.

Walaubagaimanapun, mengambil kira penggunaan teknologi sepenuhnya di dalam pembikinan album ini, ia telah sempurna dirakam, diadun dan melalui proses mastering selama sebulan.

Bersama-sama kemunculan album ini secara digital, Hafiz akan menerbitkan versi CD secara terhad dan eksklusif menerusi Shopee. Video muzik dari album ini juga akan mula dikeluarkan bersama-sama pengedaran digital di YouTube.

Album Zikir Terapi Acapella telah diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun dan merupakan kerjasama penerbitan di antara label miliknya Arteffects dan Universal Music Malaysia. Hafiz Hamidun diurus dan diwakili secara eksklusif oleh Arteffects.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yung Raja Lancarkan EP Kejutan, ‘Mike’, Dengan Bunyi Yang Lebih Bergaya

Gambar Sekitar Majlis Nikah Fizo Omar & Fazeera Nazri Azrai