in ,

Sekitar YUNA SECRET SHOW Uber, Pandora & Bonuslink di APW Bangsar

Kali terakhir penyanyi yang kini menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai mengadakan konsert solo buat peminatnya adalah pada 2015. Ketika itu, konsert Yuna Live in Malaysia yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat.

Selepas dua tahun, Yuna kembali semula mengubat rindu peminat menerusi persembahan eksklusif Yuna Secret Show anjuran Uber, Pandora dan Bonuslink di APW Bangsar Entrance, Art Printing Works Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Uber x Yuna SECRET SHOW

Ternyata persembahan ‘rahsia’ itu berjaya mengumpulkan hampir 300 orang peminat yang hadir sejak pukul 6 petang. Sebelum memulakan persembahan, penonton dihidangkan dengan dua persembahan pembukaan oleh Orang Malaya dan The Peachskins. Kira-kira pukul 9.30 malam, Yuna muncul dan disambut dengan penuh keterujaan daripada peminat setianya.

Penyanyi berusia 31 tahun itu memulakan persembahan dengan lagu Falling dan diikuti lagu Best Love daripada album baharunya yang berjudul Chapters. Usai menyanyikan dua lagu itu, Yuna mengambil kesempatan yang ada untuk beramah mesra dengan peminat.

Uber x Yuna SECRET SHOW

Yuna mengakui, dia jarang berpeluang untuk mengadakan konsert di tanah airnya sendiri dan disebabkan itu, persembahan kali ini sangat istimewa baginya.

“Mungkin anda rasa ini hari yang istimewa, saya juga merasakan yang sama. Dapat mengadakan sebuah persembahan yang begitu rapat dengan anda semua adalah peluang yang terbaik bagi saya,” katanya.

Yuna kemudian meneruskan persembahan dengn lagu Lullabies, Lights Camera dan lagu Melayunya berjudul Terukir Di Bintang. Penyanyi itu juga menyatakan penghargaannya pada peminat setia di tanah airnya yang menjadi nadi kepada kerjayanya hingga kini.

“Saya baru sampai ke sini beberapa hari yang lalu dan jujurnya, saya tidak berapa sihat. Tapi, saya cuba juga untuk memberikan yang terbaik untuk anda. Terima kasih kepada semua yang hadir dan kepulangan saya ini, memang semata-mata untuk anda semua,” jelasnya.

Ternyata, ucapan penghargaan itu mengundang emosi yang bercampur baur antara peminatnya yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bagi pada anak jati Subang Jaya, Selangor itu.

Uber x Yuna SECRET SHOW

Meneruskan persembahan, Yuna sempat memberitahu bahawa dia bercadang untuk membuat kejutan pada peminatnya menerusi lagu Pulanglah.

“Lagu Pulanglah adalah nyanyian dengan SonaOne dan saya bercadang untuk memberi kejutan kepada anda semua dengan menjemput dia. Tetapi dia mempunyai hal lain yang lebih penting jadi pada malam ini, saya akan cuba untuk menyanyikan bahagian rap yang dinyanyikan SonaOne. Harap semua suka,” katanya tertawa.

Ternyata, persembahan lagu itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir apatah lagi ketika Yuna menyanyikan lirik bahagian SonaOne. Dua lagi lagu yang dinyanyi Yuna ialah Used To Love dan Decorate. Tidak lengkap rasanya kalau Yuna tidak menyanyikan dua lagu yang dinantikan ramai iaitu Dan Sebenarnya dan Crush.

Terlalu singkat rasanya melihat kehadiran Yuna yang menyanyikan 10 buah lagu pada malam itu apatah lagi konsert itu sendiri sengaja dirahsiakan lokasinya. Kebanyakan mereka yang hadir ke persembahan istimewa itu adalah pengguna Uber yang menggunakan khidmat itu ke lokasi konsert yang dirahsiakan bermula pukul 5 petang hingga 7 malam tadi.

Melihat kepada persembahan Yuna pada malam itu, rasanya sudah tiba masa untuk wanita ini mengadakan sebuah konsert khas bagi meraikan keseluruhan peminatnya di sini.

Sumber: Utusan Malaysia

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Uber x Yuna SECRET SHOW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem ANNABELLE CREATION