in ,

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Selebriti serba boleh, Izzue Islam meraikan jenama kanta lekap sendiri, Lookalike di platform Shopee bersama kira-kira 100 orang peminat di majlis Temu Mesra bersama Izzue Islam yang dianjurkan di Zawara Coffee Setia Alam hari ini.

Peminat-peminat tersebut merupakan antara peserta yang terpilih dari ratusan penyertaan di laman Facebook Shopee (FB/ShopeeMY). Merupakan platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee adalah pasaran sosial pertama yang bekerjasama dengan Izzue Islam untuk mempromosikan kanta lekap berjenama Lookalike.

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

100 Peminat Bertuah Terpilih Berkongsi Kegembiraan di Setia Alam

“Shopee akan meneruskan usahasama dengan lebih ramai selebriti tempatan yang ingin melancarkan jenama dan produk sendiri. Menerusi usahasama dengan platform terkemuka seperti Shopee, selebriti seperti Izzue Islam boleh mendekati lebih 3 juta orang pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menjadi lebih mudah dengan Program Penghantaran PERCUMA ke seluruh negara,” kata Rachel Tan, Ketua Jabatan Pemasaran Shopee.

Sebagai tanda sokongan terhadap kedai rasmi selebriti, Shopee melancarkan pelbagai kempen yang boleh menginjakkan lagi penjenamaan dalam talian mereka. Bersempena dengan pelancaran Kedai Rasmi Izzue Islam baru-baru ini, 500 pelanggan pertama dapat menikmati potongan harga sebanyak 20% ke atas semua produk.

Kanta lekap Lookalike boleh didapati dalam 7 warna popular – Smokey Grey, Dustry Brown, Metal Grey, Snowy Blue, Pale Honey, Misty Green dan Mauve Violet. “Saya mula terdetik dengan idea ini apabila melihat trend pemakaian kanta lekap berwarna dalam kalangan rakyat Malaysia, baik perempuan mahupun lelaki. Oleh itu, saya dan isteri membuat sedikit penyelidikan untuk menghasilkan jenama Lookalike yang menjanjikan kualiti dan keselesaan bagi pengguna,” kata anak kelahiran Kelantan yang berjaya menempa nama dalam industri hiburan tempatan ini.

“Saya juga berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan Shopee kerana platform ini menjamin pengalaman membeli-belah dalam talian yang efisien, cepat, mudah dan paling penting, keselamatan sistem pembayaran dalam taliannya”.

Dengan menggunakan platform Shopee, Izzue lebih bebas untuk menjalankan perniagaan dalam talian sambil menyesuaikan masa dengan jadual kerja yang padat sebagai pelakon dan penghibur. Insentif Komisyen Sifar (0) yang disediakan oleh Shopee juga membolehkan peminat membeli produk pada harga terbaik tanpa caj tersembunyi.

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Kelebihan seumpama ini juga mendorong Izzue untuk mengembangkan lagi perniagaan dalam taliannya dengan melancarkan jenama lain, izzuexclusive yang menampilkan pakaian lelaki, hijab dan selipar.

Peminat-peminat Izzue juga teruja mendengar pengumuman tentang aktiviti semasa dan akan datang pada sesi Temu Mesra tersebut. Walaupun sibuk mempromosikan ‘single’ kedua yang berjudul ‘Sahabat’, Izzue juga kini sedang menjalani penggambaran drama sebanyak 20 episod yang bertajuk ‘Kisah Yang Hilang’. Dapatkan kanta lekap Lookalike kegemaran anda di Shopee di https://shopee.com.my/izzueislam pada harga RM55 sahaja. Peminat juga boleh mendapatkan 3 rekaan tudung bawal eksklusif – Orked, Kemboja dan Chempaka pada harga RM79.

Sebelum ini, Shopee pernah menjalinkan usahasama dengan selebriti terkenal tanah air yang lain seperti Anzalna Nasir, Mira Filzah, Yana Samsudin dan Fouziah Gous yang mempromosikan pakaian dan produk makanan tambahan.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play. Ikuti platform Media Sosial Shopee: FB/ShopeeMY dan Instagram: @shopee_my untuk maklumat terkini berkaitan Jualan Jaminan Harga Terendah dan Kempen Shocking Sale.

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Tentang Shopee

Shopee merupakan platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Ia merupakan platform yang direka khusus untuk rantau ini, memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah, selamat dan pantas menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pelbagai pilihan kategori produk seperti produk elektronik dan perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan kanak-kanak, fesyen dan peralatan kecergasan. Dilancarkan pada bulan Disember 2015, Shopee menawarkan lebih 3 juta jenama dan peniaga individu dengan akses secara langsung kepada lebih 40 juta pengguna merentasi rantau ini di Singapura, Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Shopee disokong kukuh oleh Sea (yang dahulunya dikenali sebagai Garena), syarikat platform berasaskan internet terbesar di Rantau Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://shopee.com.my/.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Single Pertama Falla Zully AKU ADA KAMU

Sekitar YUNA SECRET SHOW Uber, Pandora & Bonuslink di APW Bangsar