in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem ANNABELLE CREATION

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere ANNABELLE CREATION – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 9 Ogos 2017.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu dari pengarah dan penerbit tersohor James Wan – ANNABELLE CREATION. Sebuah filem seram yang penuh aksi mendebarkan dan babak seram yang penuh kejutan.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem ANNABELLE CREATION, sebuah filem seram supernatural yang cukup horror. Sebagaimana yang kita ketahui, filem ini adalah prequel kepada filem Annabelle yang ditayangkan pada tahun 2014.

ANNABELLE CREATION merupakan hasil karya terbaru sutradara filem seram David F. Sandberg. Beliau sebelum ini pernah menghasilkan sebuah filem seram berjudul Lights Out. Sebuah filem seram yang mendapat sambutan positif oleh pengkritik dan peminat filem seram pada tahun 2016. ANNABELLE CREATION yang ditulis oleh Gary Daubermen ini turut dibintangi oleh Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Anthony LaPaglia, dan Miranda Otto. Ia bakal berada di pawagam mulai 10 Ogos 2017.

ANNABELLE CREATION

Sinopsis Filem ANNABELLE CREATION :

ANNABELLE CREATION mengisahkan tentang seorang pembuat patung dan isterinya. Selepas beberapa tahun kejadian maut anak perempuan mereka, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan seorang biara dan beberapa anak yatim tinggal di kediaman mereka. Tidak lama kemudian, mereka menjadi sasaran patung yang dirasuk, Annabelle.

Peraduan Tayangan Premiere Filem ANNABELLE CREATION

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

9 Ogos 2017 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ANNABELLE CREATION– Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AnnabelleCreationMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ANNABELLE kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Betul atau salah: Filem ANNABELLE CREATION adalah sebuah filem bergenre seram arahan James Wan.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere ANNABELLE CREATION – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere ANNABELLE CREATION – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

8 Ogos 2017 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 10 Ogos 2017 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

ANNABELLE CREATION

ANNABELLE CREATION

ANNABELLE CREATION

ANNABELLE CREATION

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar YUNA SECRET SHOW Uber, Pandora & Bonuslink di APW Bangsar

Video Aliff Aziz, Afifah Nasir & Bella Trending di Youtube Malaysia