in , ,

Yulia Kamelia Hadiahkan Lagu BUNGA RAYA Sempena Hari Malaysia

Sempena kedatangan Hari Malaysia pada 16 September, Penyanyi baharu Yulia Kamelia telah melancarkan sebuah lagu berentak klasik, khas untuk semua rakyat Malaysia, lagu yang berjudul Bunga Raya ini adalah hasil ciptaan tiga komposer muda, Aliff Hassan, Muluk & Hariz, keluaran Hotsound Record.

Yulia Kamelia adalah penyanyi yang baru saja membuat kemunculan pertamanya pada tahun  ini dengan lagu Lebaran Yang Hiba, meskipun masih baru di persada seni Yulia Kamelia  kerap mendapat undangan dari stesen stesen televisyen tanah air, ini kerana keunikan dan kekuatan vokalnya sering mendapat perhatian ramai, Mempunyai raut wajah yang cantik, sekali gus penyanyi ini mempunyai pakej lengkap untuk bertahan lama di dalam industri muzik tanah air.

Selain itu Yulia Kamelia sering dikatakan seperti mirip penyanyi lagenda  tanah air, Allahyarhamah Biduanita Puan Sri Saloma dari segi gaya dan nyanyiannya. 

Yulia Kamelia

Antara cabaran yang sukar ketika rakaman lagu ini adalah, lagu ini dirakam semasa keadaan Negara sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan, jesteru itu ia amat terhad untuk melakukan aktiviti rakaman, akan tetapi dengan teknologi yang sedia ada ia tidak menjadi halangan untuk proses rakaman lagu ini, Lagu ini direcord di studio Hotsound yang berpangkalan di Wangsa Maju proses dan mixing & mastering dilakukan oleh Muhd A Husni dari Hotsound Studio. 

Menurut Komposer lagu Bunga Raya Aliff Hassan, lagu ini ditulis khas tentang keunikan  bunga raya yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia, Susunan muzik yang  dilakukan oleh Hariz sedikit sebanyak mengimbau nostalgia lagu lagu Melayu lama. 

Yulia Kamelia

Yulia berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh pencinta muzik tanah air di seluruh  Malaysia, lagu Bunga Raya boleh didengari di seluruh digital platform muzik antaranya (Spotify, Joox, Apple Music, KKBox & Deezer) 

Manakala muzik video lirik boleh ditonton di Youtube: Hotsound Record

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didie Alias Cantik | 23

Didie Alias Terima Ucapan Tahniah di Instagram, Betul Ke Tengah Hamil?

Syamel | 24

Hot FM Roda & Ringgit, Usahawan Buletin FM & Program Amal COVAiD #BaikSemula