in ,

Hot FM Roda & Ringgit, Usahawan Buletin FM & Program Amal COVAiD #BaikSemula

Wang Tunai, sebuah kereta Myvi dan Dana Perniagaan menanti pendengar bertuah & berhibur sambil beramal menerusi  Program Amal COVAiD #BaikSemula

Selepas transformasi baharu yang dilakukan oleh Hot FM & Buletin FM, kini kedua-dua stesen radio di bawah Media Prima Audio bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar setia iaitu Hot FM Roda & Ringgit serta Usahawan Buletin FM.

Hot FM Roda & Ringgit

Mulai September ini, Hot FM bakal menawarkan wang tunai bernilai sehingga RM10,000 dan sebuah kereta Myvi melalui kempen terbaharu Hot FM, iaitu Hot FM Roda & Ringgit.

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai Hot FM Roda & Ringgit adalah dengan mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan isyarat memanggil ke udara. Kemudian, pendengar perlu menghubungi Hot FM di talian 03-77108822 dan berikan slogan baru Hot FM iaitu Kini Lebih Muzik yang Hangat. 

Hot Fm Roda &Amp; Ringgit, Usahawan Buletin Fm &Amp; Program Amal Covaid #Baiksemula

Pendengar yang menjadi pemanggil terpantas dan berjaya menyatakan slogan Hot FM dengan betul akan membawa pulang RM100 dan access ke Grand Finale bagi merebut peluang membawa pulang sebuah kereta Myvi. Selain itu, pendengar bertuah yang menelefon Hot FM pada waktu bonus akan membawa pulang wang tambahan bernilai RM200.

Pendengar-pendengar yang berjaya setiap hari berpeluang untuk bersama-sama merebut hadiah utama, sebuah kereta Myvi yang akan diadakan pada 25 September 2021 nanti. Grand Finale bagi merebut sebuah kereta Myvi ini akan diadakan secara maya dan akan mengumpulkan semua pemenang harian pada hari tersebut. 

Pendengar juga boleh siap siaga dengan mendengar Hot FM mulai  6 September hingga 25 September 2021 untuk berpeluang menyertai Hot FM Roda & Ringgit setiap Isnin hingga Jumaat di Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad (6 pagi – 10 pagi), Playlist Hangat, Zetty (10 pagi – 3 petang), Sembang Squad, Haziq & Riena Diana (3 petang – 7 malam) dan Hot Flix, Imran Aqil (8 malam – 12 tengah malam)

Hot FM boleh didengar menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Usahawan Buletin FM

Buletin FM pula tampil dengan kempen yang lebih memfokuskan untuk bantu peniaga di luar sana yang terkesan disebabkan Covid-19. Kempen Usahawan Buletin FM bakal menawarkan dana perniagaan berjumlah RM200,000.

Kempen ini bertujuan untuk bersama-sama membantu orang ramai yang ingin memulakan perniagaan baharu atau mereka yang ingin mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada. Menerusi kempen ini juga, diharap dapat membantu mereka yang terkesan disebabkan penularan Covid-19 serta mampu menangani masalah berkaitan perniagaan mereka.

Hot Fm Roda &Amp; Ringgit, Usahawan Buletin Fm &Amp; Program Amal Covaid #Baiksemula

Antara langkah mudah yang perlu dilakukan untuk menyertai Usahawan Buletin FM ini adalah pendengar boleh melayari website Buletin FM di www.buletinfm.audio dan cari pautan Usahawan Buletin FM. Selepas itu, mereka perlu mengisi maklumat diri mereka dan apa jua perniagaan yang diceburi, idea perniagaan mereka boleh dihantar di ruang yang telah disediakan dan nyatakan mengapa mereka layak untuk mendapatkan dana perniagaan tersebut. Mereka juga boleh melampirkan pelan perniagaan yang telah dibuat. 

Setiap pagi, Ally Iskandar dan Hawa Rizwana akan menghubungi pendengar yang telah menghantarkan idea perniagaan mereka menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi). Mereka bersama-sama juri profesional akan menilai idea-idea perniagaan yang telah dihantarkan. 

5 idea perniagaan akan disenarai pendek bagi setiap pusingan dan mereka akan menghadapi cabaran-cabaran yang akan diberikan dan diadili oleh 3 orang juri profesional. Usahawan Buletin FM akan dilakukan sebanyak 2 pusingan. Dua orang pemenang Usahawan Buletin FM akan dipilih dan berpeluang membawa pulang dana perniagaan berjumlah RM175,000 untuk slot iklan radio dan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang.

Selain itu juga, dua orang pemenang Usahawan Buletin FM akan menjalani program Mentor bersama salah seorang daripada juri profesional. Mereka akan dibimbing untuk memastikan perniagaan mereka berjaya direalisasikan atau mampu untuk bangkit semula selepas terkesan disebabkan Covid-19.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Berhibur Sambil Beramal Dari Rumah

Program Amal COVAiD #BaikSemula yang diterajui oleh Hot FM, bersama-sama dengan Buletin FM, Fly FM dan 8FM beserta platform Media Prima Berhad yang lain adalah satu program bertujuan mengumpul dana untuk para petugas barisan hadapan dalam perjuangan mereka melawan COVID-19. Program ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada orang ramai supaya terus kekal duduk di rumah dan melihat persembahan sambil beramal menerusi dana yang disalurkan.

Hot Fm Roda &Amp; Ringgit, Usahawan Buletin Fm &Amp; Program Amal Covaid #Baiksemula

Berhibur sambil beramal bersama lebih daripada 43 artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan dari rumah mereka sendiri, juga program Relaksasi bersama Ustaz Elyas Ismail dan Jurulatih Kecergasan, Jordan Yeoh. Persembahan mereka akan dipecahkan kepada beberapa program di mana ianya akan berlangsung selama 24 jam, bermula 4 September 2021 menerusi YouTube Hot FM, Hot TV bermula 12 tengah malam.

Selain itu, pendengar juga boleh menyaksikan malam kemuncak Program Amal COVAiD #BaikSemula yang disokong oleh Central Sugars Refinery (CSR) bermula 10 malam hingga 12 tengah malam. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan dari rumah mereka ialah Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju dan Alif Satar & The Locos.

Hot Fm Roda &Amp; Ringgit, Usahawan Buletin Fm &Amp; Program Amal Covaid #Baiksemula

Program 1 : Ara Johari, Amir Masdi, Sufian Suhaimi dan Naim Daniel

Program 2 : Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Nabila Razali

Program 3 : Kugiran Masdo, Bunkface dan Hujan

Program 4 : Adrian Adam, Ahmad Adly, Erul X Naufa, Kael, Evie Feroza, Apex Tajudin, Pasya, Sissy Imann dan Marsha Milan

Program 5 : Ernie Zakri dan Syamel

Program 6, 9 & 11 : Relaksasi Subuh, Zuhur & Maghrib Bersama Ustaz Elyas Ismail

Program 7 : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Shalma Eliana, Abubakarxli, Joe Flizzow, A. Nayaka, SonaOne , Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii, Dolla, Meer Nash, Asyraf Nasir, Zynakal dan Dayang Nurfaizah

Program 8 : Hazama & The Penglipur Lara, Shila Amzah dan Misha Omar

Program 10: COVAiD Fit bersama Jordan Yeoh

Program 12 : Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju dan Alif Satar & The Locos

Orang ramai yang berminat untuk menderma boleh menyumbang  melalui perbankan dalam talian atau membuat deposit ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP di nombor akaun (MAYBANK: 5141-0532-3170). 

Terus kekal bersama akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September 2021, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yulia Kamelia | 23

Yulia Kamelia Hadiahkan Lagu BUNGA RAYA Sempena Hari Malaysia

Shukri Yahaya | 24

iQiyi Menawarkan Langganan Percuma untuk Rakyat Malaysia Sempena Kemerdekaan