in , ,

Didie Alias Terima Ucapan Tahniah di Instagram, Betul Ke Tengah Hamil?

Kalau betullah Didie Alias tengah hamil, jutaan tahniah diucapkan kepada pelawak serta pelakon popular ni. Semalam, Didie Alias menerima ucapan tahniah di Instagram kerana kononnya hamil? Betul ke?

Sebut je nama Didie Alias atau Lady Didie pasti ramai yang kenal. Pelakon dan juga pelawak Malaysia. Beliau nama sebenar Fadzilah Binti Mohd @ Ali atau mesra disapa Mummy/Didie Alias dilahirkan pada tahun 1972 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Kalau tak silap Budiey, Lady Didie ni hamil kali terakhir pada tahun 2014, itulah hasil perkongsian hidup dengan suami keduanya, Norisham Ismail.

Didie Alias Terima Ucapan Tahniah di Instagram, Betul Ke Tengah Hamil? Didie Alias Terima Ucapan Tahniah di Instagram, Betul Ke Tengah Hamil?

Beberapa jam selepas beliau ada memuatnaik satu video di laman instagramnya menunjukkan satu result scan kehamilan yang menunjukkan satu janin berusia 16w lebih di salah satu perubatan swasta iaitu Andorra. 

Video tersebut meraih pelbagai reaksi dari netizen. Ruangannya juga dipenuhi komen ucapan tahniah dari rakan artis dan juga peminatnya.

Rupa-rupanya, itu merupakan scanning anaknya. Bukan Mummy yang mengandung tetapi Mummy bakal dapat cucu. Gittew!

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk Mummy dan juga keluarganya..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ernie Zakri Hamil Ke, Rakan Artis Perasan Ada ‘Baby Bump’, Siap Ucap Tahniah

Yulia Kamelia Hadiahkan Lagu BUNGA RAYA Sempena Hari Malaysia