in ,

Youtuber Mualaf Korea Terkenal Didakwa Cuba Rogol Wanita?

Trending di Twitter, pengguna media sosial mendedahkan semula rakaman pendek menyaksikan seorang Youtuber Korea terkenal di Malaysia didakwa merogol seorang gadis Muslim.

Penyanyi dan YouTuber dari Korea Selatan, Daud Kim, telah menjadi trending di Twitter Malaysia sejak semalam (23/8). Ini gara-gara pemilik akaun di Twitter bernama @sanspinkhair mendakwa lelaki bernama Daud Kim cuba merogolnya ketika sedang tidur.

Dipercayai kes itu telah berlaku pada sekitar Jun 2019. Pendedahan rakaman tersebut mula dimuatnaik semula kerana pihak polis negara itu didakwa tidak mengambil tindakan. Jadi, mangsa bertindak viralkan semula video tersebut untuk mendapatkan keadilan.

Youtuber Mualaf Korea Terkenal Didakwa Cuba Rogol Wanita?

Pengakuan wanita ini dibuat menerusi sebuah video TikTok, di mana dalam video tersebut merakam kelibat seorang lelaki yang disebut sebagai Daud Kim. Lelaki itu dalam keadaan separuh bogel sedang memakai seluar dalam di hujung tangga.

Didakwa Cuba Merogol Wanita

Laporan mengenai Youtuber itu telahpun dilaporkan kepada pihak polis Korea Selatan. Namun, didakwa tiada apa-apa tindakan yang diambil sehingga ke hari ini.

Youtuber Muslim Korea Terkenal Didakwa Cuba Rogol Wanita
Video yang dikongsikan pengguna TikTok menyaksikan Youtuber Korea itu sedang memakai seluar setelah menodai seorang wanita.

Mangsa Tuntut Keadilan Selepas Setahun Kes ‘Diam’

Mangsa mengakui mempunyai bahan bukti tindakan suspek. Youtuber itu bagaimanapun telah memadam permohonan maaf atas tindakannya dan menyekat (blocked) akaun media sosial mangsa. Permohonan maaf tersebut dipercayai untuk memanipulasikan pengikutnya di laman Youtube.

“Hari pertama saya tiba di Korea. Youtuber Daud Kim cuba merogol saya ketika saya tidur. Tolong sebarkan video ini. Saya telah menjadi mangsa, saya ada banyak bukti. Dia telah memohon maaf dan block saya, jadi dia boleh memanipulasi jutaan subscribernya di Youtube.”- tulisnya di video tersebut.

Tambah wanita ini lagi, dia telah membuat aduan kepada pihak polis di Korea, namun tidak ada tindakan dibuat.

“Pihak polis di Korea tidak melakukan apa-apa untuk melindungi kami. Malah kami mungkin boleh disaman, jadi kami mahukan keadilan”

Difahamkan wanita ini bersama rakan-rakannya berkunjung ke Korea untuk bercuti. Tidak dapat dipastikan apakah hubungan mereka dengan Daud Kim. Namun, wanita ini berkata,  kerana kelakuan tidak senonoh Daud Kim, percutian mereka dihantui rasa trauma.

Youtuber Muslim Korea Terkenal Didakwa Cuba Rogol Wanita

Dia Didakwa Mabuk

Hampir setahun kejadian itu, mangsa akan bertindak untuk mengemukakan saman demi mendapatkan keadilan ke atas dirinya.

Pengakuan ini pernah didedahkan seorang lagi pengguna Twitter iaitu Chewykiss yang mengakui merupakan sahabat kepada mangsa. Tambahnya, Youtuber tersebut bertindak telah merogol mangsa di sebuah apartmen.

Suspek dikatakan mabuk dan dibantu oleh dua kenalan wanita dan dibawa pulang ke rumah mereka. Mereka telah memberi air dan sedikit makanan kepada Youtuber itu bagi menyedarkan suspek semula daripada mabuk. Malang, lain pula yang terjadi.

Sehingga artikel ini ditulis, Daud Kim tidak lagi memberi apa-apa respon tentang dakwaan ini. Ini kerana wajah lelaki dalam video tersebut tidak begitu jelas dan ada kemungkinan ia adalah palsu atau ada tujuan khianat.

Daud Kim memiliki pengikut mencecah 2.2 Juta di Youtube. Daud Kim menjadi terkenal sejak dia membuat video tentang mengapa orang Korea memerlukan Islam. Dia memutuskan untuk memeluk agama Islam pada bulan September 2019. Dia menjadi tertarik dengan Islam setelah berkunjung ke Indonesia.

Sumber: Hype

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWANA PUITIKA Cipta Rekod Di Tempat Tertinggi Menara Alor Setar

Sinopsis DRAGON’S DOGMA Siri Animasi di Netflix Mulai 17 September Ini