in , ,

Permaisuri Selangor Hadiahkan Rantai Berlian Buat Anak Fazura & Fattah Amin

Seronoknya tengok anak Fazura yang kelihatan begitu teruja menerima hadiah istimewa daripada Permaisuri Selangor. Selamat hari jadi Fatima!

Anak kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Fatima Aisya yang dilihat cukup ceria di majlis hari lahirnya menerima ucapan dan kiriman doa menerusi Instagram.

Perkongsian Fazura di InstaStory miliknya telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik hadiah istimewa yang diterima oleh Fatima daripada Permaisuri Selangor, Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman.

Menerusi InstaStory tersebut, Fazura mengakui terkejut apabila anaknya dihadiahkan seutas rantai berjenama dengan loket berhuruf F sempena hari lahir pertama Fatima.

Dalam kad ucapan yang dikirim Tengku Permaisuri Selangor, baginda memberi ucapan istimewa buat si comel.

“Dear Fatima, you deserve all the love and happiness in the world! Happy birthday”

“Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi,”

Permaisuri Selangor

Sehubungan dengan itu, Fazura menjunjung titah mengucapkan ribuan terima kasih kepada baginda Permaisuri Selangor diatas kurniaan tersbut.

Pelakon berkenaan juga turut mendoakan agar baginda Permaisuri dan terus dikurniakan kebahagian di dunia dan akhir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album YONNY DELUXE VERSION Himpun 9 Lagu Terbaik, Bonus TAK SANGKA & Angel

Youtube Music Hadir Dengan Ciri Main Semula Pada Latar Belakang Secara Percuma!