in , ,

Kenal Dahulu, Baru Cinta, Tentang MEMANDANGMU Nyanyian Teguh Budiman & Aidit Alfian

Lagu yang diberikan tajuk MemandangMu mempunyai pengertian yang besar untuk disampaikan kepada khalayak. Untuk lagu yang dinukil oleh Aidit Alfian ini, Teguh Budiman yang merupakan anak kedua Aidit dipilih untuk bertemu suara dengannya dalam sebuah lagu indah.

Kalau dikembalikan semula pepatah, ke mana tumpanya kuah kalau tidak ke nasi, jadi inilah ceritanya. Perihal gabungan anak dan bapa dalam memberi hidangan buat santapan jiwa kepada khalayak melalui sebuah lagu.

Melodinya menyentuh, bait-bait liriknya ditulis dengan penuh  makna dan pembawaan kepada istilah cinta dan kenal. Dalami lirik yang ditulis oleh Aidit Alfian, Raja Mukhlis dan Bakhtiar Effendy ini maka satu demi satu pencarian cinta akan didekati. 

Menurut Aidit Alfian selaku penulis lagu, penulis lirik dan penyanyi lagu ini, dia bertemu cabaran tersendiri untuk membawakan MemandangMu yang merupakan lagu runut bunyi drama I.C.U yang ditayangkan di platform penstriman, Nurflix.  

“Lagu ini pada saya perihal mencari dan ambil macam kisah percintaan dengan Tuhan. Untuk nak mencintai itu senang  tetapi mesti bawa pada penyerahan. Kalau tak kenal bagaimana  untuk cinta?,” ujar Aidit Alfian yang juga merupakan komposer lagu Tak Tercapai Akalmu.

“Saya menerima bait-bait lirik dan perkataan awal dari Raja Mukhlis dan hantar beberapa lagu untuk dipilih akhirnya melodi dan lagu yang paling sesuai diambil dan terjadilah MemandangMu nyanyian Teguh Budiman dan saya,”

– Aidit Alfian
Kenal Dahulu, Baru Cinta, Tentang Memandangmu Nyanyian Teguh Budiman &Amp; Aidit Alfian

Menarik untuk didalami dan diselusuri lirik MemandangMu kerana pemilihan bait-bait itu diambil dari surah Al Baqarah ayat 115 dan An Nur ayat 35. Apabila penyampaian ini menyentuh tentang cahaya di balik gelita dan perihal ‘memandangMu’ itu sendiri. 

Menurut Aidit lagi cabaran awal buat dirinya adalah dalam bentuk rakaman vokal yang mengambil masa hampir sebulan kerana mahukan pemilihan yang tepat. 

“Paling ‘stress’ bila jaga vokal kerana saya bukan penyanyi dan tidak pernah jaga vokal sendiri. Akhirnya siap juga. Pembikinan muzik untuk lagu ini tidak lama dan Pacai bantu dari segi susunan muzik. Semuanya kami buat di rumah kerana dilakukan pada waktu PKP,”

– Aidit Alfian

Menyentuh tentang pemilihan Teguh sebagai rakan regu dalam lagu pertama nyanyian bersama ini, Aidit sendiri memilih Teguh untuk bernyanyi bersama. Malah lagu ini turut mendapat sentuhan anak muda seperti Raja Nazrin Shah (dari Sekumpulan Orang Gila- SOG) untuk rakaman cello. 

“Lagu ini ‘kena’ kerana dalam drama ini pun tentang hubungan anak dan bapa. Tidak susah untuk menjaga vokal Teguh kerana kami senang berkomunikasi dan dia pula boleh menyanyi berdiri lama-lama. Bukan mudah untuk seorang penyanyi berdiri dan bertahan lama-lama dan dia mampu lakukan,”

– Aidit Alfian
Kenal Dahulu, Baru Cinta, Tentang Memandangmu Nyanyian Teguh Budiman &Amp; Aidit Alfian

Bertanyakan tentang pengalaman merakamkan vokal bersama malah dijaga oleh bapa, Teguh tenang menjawab. Ujar lelaki berkumis dan berambut panjang ini, rakaman dilakukan dalam tempoh beberapa hari untuk mendapatkan karakter yang tepat dengan lagu tersebut.

“Dalam dunia muzik, saya sangat-sangat baru dan lagu MemandangMu merupakan satu ‘ breakthrough’ untuk saya lebih tahu tentang dunia muzik dan bagaimana untuk sampaikan sesuatu lagu. Ia lebih kepada membina karakter,”

– Teguh Budiman

Tambahnya cabaran yang dihadapi untuk lagu ini memang ada namun bagaimana dia menyahut cabaran itu lebih penting. Lebih tepat cabaran sebenarnya ialah bagaimana cara mencari diri sendiri di dalam lagu MemandangMu.

“Ia lebih keada momen bertemu diri dalam lagu tersebut kerana lagu itu sebenarnya mengisahkan tentang seorang hamba. Bagaimana attitud kita terhadap Tuhan. Apa yang kita inginkan, kita perlu dengan penuh adab, meminta izinkan padaNya. Adab dan tajuk cinta itu sendiri tidak boleh dipisahkan. Saya melalui perasaan-perasaan itu untuk memahami lagu tersebut,”

– Teguh Budiman

Apabila ditanyakan momen dan pengalaman bernyanyi bersama bapa, Teguh mengakui dia berasa selesa kerana perjalanan itu dituntun oleh sang bapa dengan caranya. Malah dia mengaku dia harus meletakkan jauh perasaan takut dengan kepakaran bapa dia untuk berasa selesa.

 “Jangan takut dengan ‘terror’ dia. Hanya kena menerima diri dia seadanya,”

– Teguh Budiman

Pada usia muda dan pencetus kemunculan di dunia muzik dengan lagu kerohanian, Teguh ditanyakan perihal perjalanannya kelak. Akui lelaki yang baru berjinak-jinak bermain instrument gitar ini, dia tidak pernah tahu perjalanan seninya akan pergi ke arah mana. Ini kerana dia mengikut perancangan yang dipandu oleh Aidit sendiri. 

“Untuk menjiwai lagi kerohanian pula, dengan kehadiran bapa, tenaga senang disebarkan. Cabaran dipermudahkan,” tambahnya yang meminati lagu lagu nyanyian Iwan Fals dan Damian Rice ini. 

Namun akui Teguh, dia agak gemuruh ketika melakukan penggambara muzik video lagu ini di Istana Budaya. Mengambil masa satu hari suntuk, ini merupakan pengalaman sulung untuk Teguh mengikuti penggambaran sebuah muzik video arahan Saiem Muhammad ini.

“Saya pergi ke set dengan rasa gemuruh namun semua tenaga kerja dan yang terlibat melayan dengan baik. Saya juga pertama kali menjalani penggambaran video dengan Abang Nazrin yang selalu saya jumpa,’

– Teguh Budiman

Raja Nazrin yang merupakan pemain cello dalam lagu MemandangMu. 

Bertanyakan kembali Aidit Alfian perihal limitasi atau kelebihan menukilkan lagu runut bunyi untuk drama, dia mengakui bahawa kepuasan kali ini bercampur aduk.

“Pembikinan lagu jadi lebih fokus kerana ada jalan cerita tapi bila cakap pasal muzik, kadang-kadang terfikirkan kalau kualiti penggambaran atau adegan tidak kena dengan muzik, ia akan menyukarkan. Namun, Alhamdulilah saya diberikan lirik dan pemilihan kata-kata kena dengan lagu tersebut,”

– Aidit Alfian

Kini Aidit Alfian sedang merangkakan single perdana solo buat Teguh Budiman. 

“Drama ICU ini berkisarkan tentang seseorang yang tidak menjaga solat, makan berlebihan dan mengambil perkara dalam santai-santai. Bila sakit, dia nak buat betul-betul dan bertaubat,”

– Aidit Alfian
Kenal Dahulu, Baru Cinta, Tentang Memandangmu Nyanyian Teguh Budiman &Amp; Aidit Alfian

Aidit bercerita sedikit intipati drama  siri original I.C.U lakonan Faizal Hussein, Mardiana Alwi, Amirah Othman, Ustaz Syamsul Debat dan Wany Hasrita yang ditayangkan di platform NURFLIX.  

Untuk Teguh Budiman, selain menikmati momen bertemu karakter dirinya dan selesa menyanyi bersama bapa, dia berharap sesuatu, “Saya harap lagu ini boleh diterima khalayak dan boleh difahami. Yang paling penting di Redhai.”

Sebagai informasi, platform penstriman video dengan kandungan Islamik Nurflix yang merupakan  produk milik Sutera Hijau Ventures Berhad telah melancarkan aplikasi natif Nurflix Goldfish 2.0 lengkap untuk pelbagai peranti iOS, Android dan Smart TV bagi menggantikan aplikasi hibrid sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada Oktober tahun lalu.

Kenal Dahulu, Baru Cinta, Tentang Memandangmu Nyanyian Teguh Budiman &Amp; Aidit Alfian

INFO lagu MemandangMu 

Duet : Teguh Budiman feat. Aidit Alfian

Song : Aidit Alfian (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)

Lyrics : Aidit Alfian (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd), Raja Mukhlis (Copyright controlled), Bakhtiar Effendy (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)

Music Arrangement : Pacai

Mix and Master : Pacai

Acoustic Guitar : Aidit Alfian 

Cello : Raja Nazrin Shah 

Fretless Bass : Pacai

Producer : Aidit Alfian

Co-Producer : Pacai

Lirik MEMANDANGMU

Semalam makin samar

Selubung jiwa cemar

Mendorong ke penjuru sangkar

Merebah ke tanah

Jangan dibiar

Kupejamkan mataku

Kau bukalah hatiku

Izinkan ku seru namaMu

Agar ku layak menyeruMu

Izinkan aku intai Cahaya di balik gelita

Izinkan aku kembali padaMu sebagai Pencinta

Ku ingin memandangMu

Aku ingin MemandangMu

Ingin memandangMu

Izinkan aku intai Cahaya di balik gelita

Izinkan aku kembali padaMu sebagai pencinta

Ampunkan aku melupakanMu selama usia

tak sanggup aku kembali padaMu sebagai pendusta

Tunjukkan aku kaca pelita benderang Cahaya

Izinkan aku dakap Cahaya di atas Cahaya

Ingin memandangMu 

Ku ingin memandangMu

Ingin memandangMu

Kupejamkan mataku

Kau bukalah hatiku

Izinkan ku seru namaMu

Agarku layak menyeruMu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarul Umbrella Red | 23

Youtube Music Hadir Dengan Ciri Main Semula Pada Latar Belakang Secara Percuma!

Neelofa | 24

“Saya Akan Menunggu Waktu Yang Terbaik,” – Neelofa Masih Berteka-Teki Dakwaan Hamil