Ketua juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9) iaitu Datuk Ramli MS berang dan marah apabila membaca laporan sebuah portal berhubung kenyataannya pada sidang akhbar program berkenaan baru-baru ini.
Menggunakan tajuk Kita Tidak Menjuri Suara Tinggi, Ini Bukan AJL, Ramli yang mesra disapa Tok Ram itu sekeras-kerasnya menafikan dirinya ada berkata sedemikian.
Perkara ini mungkin salah faham.
“Siapa lahanat reporter .com? Babi headline! Guna barang TV lain yang saya tak cakap pun.
“Headline dia, ‘KITA TIDAK MENJURI SUARA TINGGI, INI BUKAN AJL’.
“Saya cuma cakap, di AJL (Anugerah Juara Lagu), artis boleh buat latihan sebulan untuk satu malam. Dalam GV, mereka ada masa tiga hari sahaja untuk berlatih dan kena beraksi selama sepuluh minggu.
Dia juga mengatakan, tindakan portal terbabit melaporkan sesuatu yang salah adalah satu etika tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan salah faham pembaca.