in , ,

Usaha Yang Murni! YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati

Percaya dan optimis bidang pendidikan itu seperti pertaruhan dunia niaga pada masa depan membuatkan YEG Academy terpanggil menanam hasrat melakukan perubahan.

Ia termasuk usaha kolej pengajian itu merevolusikan sistem pendidikan di Malaysia bagi memperkenalkan lebih banyak kursus baharu yang relevan pada zaman sekarang.

Usaha itu juga bertepatan dalam mengelak situasi pelajar sering berdepan kesukaran memilih aliran pengajian di institusi pengajian tinggi.

Hinggalah ke tahap persoalan utama yang sering berlegar mahu bekerja apa dan di mana selepas tamat pengajian.

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa kolej terbabit, Mohamad Fikri Hasbi sedar banyak faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar dalam memilih kursus pengajian.

YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati

“Antaranya semestinya berbalik kepada minat dan keinginan seseorang dalam membentuk masa hadapan mereka. Tetapi, terdapat juga pengaruh luar seperti paksaan dan sogokan daripada orang sekeliling yang menyebabkan mereka menjadi ‘mangsa’ dalam menentukan masa hadapan sendiri.

“Terdapat pelbagai punca perkara ini terjadi antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja mudah terdedah kepada pandangan dan idea dalam kalangan teman yang rapat mereka. Ada pengaruh yang bersifat positif, namun mereka juga tidak terlepas daripada ajakan negatif.

“Jadi, dalam memilih bidang pengajian, elakkan daripada menerima pandangan sepenuhnya daripada rakan sebaya. Tapi niat murni YEG Academy adalah untuk memupuk dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan memilih kursus yang betul untuk melanjutkan pelajaran tinggi bagi mengelakkan peningkatan kadar pengangguran di Malaysia,” katanya.

YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati

Katanya lagi, ada juga dalam golongan remaja yang silap memilih bidang.

“Kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kurang ada pengalaman dalam memilih universiti yang sesuai dan terbaik untuk diri masing-masing.

“Ada yang semata-mata ingin menjadi pelajar yang tergolong dalam senarai universiti terbaik di Malaysia. Tidak terlepas ada juga yang hanya mengikut rakan dalam memilih universiti. Perkara ini boleh menyebabkan terjadinya salah pemilihan bidang sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran mereka.

“Hal ini boleh mengakibatkan pelajar berhenti belajar separuh jalan kerana mereka tidak meminati bidang yang mereka pelajari. Bukan itu sahaja, salah pilih bidang juga boleh menyebabkan kadar pengangguran semakin tinggi di Malaysia. Hal ini kerana mereka tidak mendapat kerja yang mereka idamkan dan juga bersesuaian dengan bidang yang mereka belajar di universiti,” katanya.

YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati

Kata Mohamad Fikri lagi, peluang tidak datang bergolek.

“Sanggupkah untuk kita mempertaruhkan masa hadapan hanya kerana pengaruh dan desakan keadaan sekeliling. Siapa yang sanggup melihat ibu bapa berhabis ribuan ringgit untuk pendidikan anak mereka dan akhirnya tidak membuahkan hasil?

“Justeru, kolej kami anjurkan kempen “YEG Pesta Sambung Belajar #jangansalahpilihbidang” pelajar dapat pendedahan tentang pelbagai kursus yang mempunyai peluang yang lebih besar untuk pekerjaan pada masa hadapan bagi memastikan graduan lebih arif tentang bidang yang diceburi.

“Selain itu, kempen ini adalah untuk memberitahu orang ramai tentang kepentingan setiap kursus yang ditawarkan kolej ini,” katanya.

YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati

Tambahnya lagi, sebanyak RM 12.5 juta dermasiswa juga akan disalurkan untuk 5000 pelajar terawal yang mendaftar di kolej berkenaan.

“Kolej kami juga memberikan sijil percuma iaitu, Sijil Kemahiran Industri (SKiN) yang bernilai RM 6000.

“Di dalam kempen dianjurkan, terdapat penglibatan pelbagai pakar daripada setiap industri yang akan membantu pelajar untuk mengasah kemahiran mereka.

“Yang lebih menarik lagi, pelajar yang mengambil Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) akan diberikan peluang untuk melaksanakan latihan industri di Mekah dan Madinah dengan bimbingan dan kerjasama Andalusia Travel and Tours,” katanya.

YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati

Tidak terhenti di situ, kolej ini terus optimis untuk memperkenalkan bidang lain yang mempunyai pasaran kerjaya yang tinggi sekali gus membantu golongan muda untuk mendapat pendidikan yang berkualiti pada masa kini dan hadapan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan info lanjut, sila layari laman web rasmi kolej itu di www.youreducationguidance.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Team Malaysia: Dua Negara, Satu Misi Untuk Masa Depan Belia

Berita Mengejutkan! Penyanyi Nasyid Ditahan Terlibat Dengan Kes Dadah