in , ,

Program Team Malaysia: Dua Negara, Satu Misi Untuk Masa Depan Belia

Selangor Youth Community di bawah naungan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dengan kerjasama Prince’s Trust International,sebuah pertubuhan antarabangsa diiktiraf yang diasaskan oleh HRH The Prince of Wales telah menganjurkan Program Team.

Program Team ini merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu bagi membantu golongan belia bersasar untuk pembangunan diri menerusi tiga peluang utama iaitu Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan. 

Pada tahun ini, menyedari golongan muda semakin memerlukan peluang ini berikutan penularan wabak COVID-19, kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diwujudkan dengan penglibatan mereka daripada kategori berkeperluan tinggi dan berisiko di bawah 18 tahun daripada institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Team Malaysia

Bagi meraikan pencapaian para peserta, SAY telah menganjurkan satu majlis resepsi yang telah diadakan di Sunway Hotels & Resorts di Petaling Jaya. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran orang ramai yang terdiri daripada badan NGO lain dan penyokong program.

Turut turun mencemar duli pada hari tersebut adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. 

Majlis ini telah menjadi platform bagi peserta program Team untuk membentangkan pengalaman mereka selama 9 minggu berada di dalam program dan juga perancangan masa hadapan mereka. 

Sejak penubuhannya pada Jun 2020, beberapa siri pengambilan bagi Program Team sudah dijalankan di mana kohort 6 merupakan kohort pertama yang dijalankan di bawah kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Kohort ini telah berjalan sejak awal Januari 2022. Melalui pengisian yang ditawarkan, Program Team berhasrat menjadi pemangkin kepada para peserta untuk berintegrasi semula ke dalam masyarakat melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan latihan. 

Team Malaysia

Sepanjang 9 minggu, peserta menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirangka untuk membantu mereka dalam merancang masa depan. 

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor turut berasa bangga dengan kejayaan semua anak muda yang menyertai Program Team dan baginda berharap Selangor Youth Community dapat membantu ramai lagi anak muda di luar sana. 

Team Malaysia

“Daripada pembentangan hari ini, kita dapat melihat bagaimana anak muda kita mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat mereka dan menjadi lebih baik dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, kita harus akui bahawa sesetengah golongan berdepan dengan pelbagai cabaran (bangsa, jantina, agama, keluarga, dan latar belakang sosioekonomi) yang menghalang mereka mencapai potensi mereka sepenuhnya. 

Dalam Program Team, kami ingin membantu belia mengharungi cabaran yang mereka hadapi. Kami telah merangka modul yang dinamik serta bekerjasama dengan pelbagai organisasi yang sedia memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia. Kami sentiasa percaya pada keberkesanan dan kesan positif daripada tindakan kolektif orang ramai. Kami juga mengalu-alukan mereka yang turut berkongsi nilai dan objektif yang sama dengan kami di Program Team dalam memacu perubahan kehidupan golongan belia bersasar di luar sana” 

Di samping sambutan itu, satu Memorandum Persefahaman (MOU) turut dimeterai antara Selangor Youth Community (SAY) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). MOU itu telah ditandatangani untuk memupuk semangat kolaborasi jangka panjang antara SAY dan JKM yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat luas melalui program-program yang dijalankan. 

Selain itu, selaras dengan pelan perkembangan tamat program yang turut disertakan sebagai sebahagian daripada rangka kerja program, satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani bersama Manforce Group Berhad, sebuah badan swasta yang bertindak sebagai agensi pekerjaan yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Kerjasama ini bertujuan menghubungkan golongan muda dalam Program Team dengan peluang pekerjaan dalam pelbagai industri selepas tamat sesi latihan menerusi jaminan peluang pekerjaan. 

Team Malaysia

MENGENAI SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) 

Pembangunan belia di negeri Selangor dilihat sebagai aspek penting dalam membangunkan negeri Selangor sendiri dan seterusnya, membangunkan negara kita, Malaysia. 

Berdasarkan minat yang tinggi dan penyelidikan yang dijalankan, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, telah menubuhkan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Selangor Youth Community (SAY) di mana Tuanku memainkan peranan sebagai Presiden Eksekutif dan juga memegang jawatan sebagai Penaung Diraja dalam organisasi ini. 

SAY ditubuhkan sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan dan bukan keuntungan. Diharapkan penubuhan SAY dapat mengenal pasti jurang dan masalah belia di negeri Selangor dan menyediakan platform untuk menghubungkan belia negeri ini bagi menyumbang ke arah pembangunan negeri Selangor. Dengan visi untuk mewujudkan generasi muda yang lebih cergas, dinamik dan progresif, SAY ditubuhkan dengan empat tonggak: 

a) Sukan dan Kesihatan b) Seni dan Kreatif
c) Keusahawanan
d) Khidmat Masyarakat 

Fungsi utama penubuhan SAY adalah untuk mengatur aktiviti yang membina kemampuan peribadi, meningkatkan kewarganegaraan, dan memberi kesedaran tentang perlunya menghindari unsur- unsur negatif di kalangan belia.

Di samping itu, SAY juga berfungsi sebagai pemangkin dan platform yang dapat mendorong penyertaan belia dalam inisiatif pembangunan masyarakat setempat. SAY juga menjalankan aktiviti tanpa mengira jantina, bangsa, agama, atau kecenderungan politik. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai SAY dan inisiatif kami, sila layari www.selangoryouth.com atau @selangoryouth di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram. 

MENGENAI PRINCE’S TRUST INTERNATIONAL 

Prince’s Trust International telah menyokong golongan muda di seluruh dunia sejak 2015. Kami diasaskan oleh HRH The Prince of Wales untuk menangani krisis global dalam pengangguran belia, membina pengalaman empat dekad di UK. 

Misi kami adalah untuk memperkasakan golongan muda untuk belajar, memperoleh pendapatan dan berkembang maju. Kami menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan keyakinan untuk berjaya dan memberikan hasil pekerjaan yang ketara. Dengan menggabungkan kepakaran kami dengan rangkaian global rakan kongsi tempatan, kami membangunkan program untuk membantu golongan muda membina masa depan mereka sendiri. 

Kami komited untuk mengangkat suara golongan muda di pentas global dan meletakkan keperluan mereka di nadi reka bentuk dan penyampaian kerja kami. Ini melengkapkan usaha global untuk menyampaikan Matalamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals, terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan berkualiti dan kerja yang baik. 

Program kami kini dijalankan di 17 negara dalam Komanwel dan seterusnya, di seluruh Asia, Afrika, Caribbean, Timur Tengah dan Eropah. 

Kami telah menyokong lebih daripada 30,000 orang muda di seluruh dunia sejak 2015. Semasa pandemik, 79% orang muda telah disokong secara maya. Walaupun terdapat kesan ke atas pasaran pekerjaan di seluruh dunia, 68% orang muda telah bekerja, melanjutkan pelajaran atau latihan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rabbani | 17

Hijrah Dipilih Menjadi Tema Dokumentari Syahadah Musim Ke-16 Di RTM

Yeg Academy | 18

Usaha Yang Murni! YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati