in ,

Berita Mengejutkan! Penyanyi Nasyid Ditahan Terlibat Dengan Kes Dadah

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila seorang penyanyi nasyid ditahan di sebuah kondominnium di Damansara, Petaling Jaya disyaki terlibat dengan kes dadah.

Memetik laporan BH Online, artis lelaki berusia 47 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

“Dalam serbuan itu, sepasukan anggota polis menemui dan merampas pokok ganja yang ditanam dan suspek juga didapati memiliki dadah jenis ganja.

“Suspek direman pagi ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu, sisatan akan dijalankan bagi mengetahui motif sebenar artis yang pernah berkolaborasi dengan artis lain dalam beberapa lagu memiliki dadah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usaha Yang Murni! YEG Academy Bina Peluang Ceburi Bidang Diminati

Sinopsis Drama Hati Memilih Dia Lakonan Eyka Farhana