in ,

Yang Seronok Dapat Menginap di THE EMPIRE HOTEL SUBANG

Dewasa kini, ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal tapi masih menawarkan perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung.

Di antara hotel tempatan terbaru di Subang Jaya yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah The Empire Hotel Subang yang terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Subang atau Skypark dan sekitar 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hotel Facade Night

Apa Yang Seronok Dapat Menginap di THE EMPIRE HOTEL SUBANG

[dropcap]B[/dropcap]iarpun bukan sebuah hotel berjenama antarabangsa namun hotel ini sudah mula mendapat perhatian ramai. Ia memenuhi sebahagian besar kawasan membeli-belah Empire Subang yang terletak berdekatan pusat membeli-belah Subang Parade di Subang Jaya. Ia merupakan sebuah kawasan perdagangan yang sangat terkenal di Subang. Ia juga hanya beberapa minit perjalanan dari stesen keretapi komuter Subang.

Kesemua 198 buah biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu senireka dalaman bilik-biliknya turut menerapkan unsur minimalis dengan gaya sentuhan yang moden serta kontemporari.

Di hotel ini para tamu akan menemui beberapa tempat makan yang menarik. Salah satunya adalah Kitchen Art Brasserie yang menawarkan hidangan antarabangsa dan juga tempatan. Sajian menu di sini memang lazat kerana penyediaannya yang sangat teliti. Selain itu tersedia juga Shout untuk bersantai sambil menikmati minuman.

Biarpun hotel ini kelihatan agak ringkas, namun ia juga mempunyai sebuah restoran Cina di dalam bangunan Empire Mall iaitu restoran Di Wei.

Selain itu tamu hotel juga mempunyai akses untuk menggunakan kemudahan pusat kesihatan di cawangan Fitness First Platinum yang terletak di dalam Empire Mall. Tamu hanya perlu menunjukkan kad kunci bilik hotel kepada pihak Fitness First dan kemudian boleh menikmati kolam renang serta peralatan gimnasium di situ untuk tamu beriadah dan bersenam.

Berbekalkan suasananya yang segar, seronok dan pekerja yang ramah, hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Jadi jika mencari hotel di kawasan Subang Jaya singgahlah di The Empire Hotel Subang!

Dan bersempena dengan perayaan Hari Ibu yang bakal tiba Mei nanti, hotel ini ada menganjurkan acara khas pada 8 Mei 2016 berupa persembahan lawak spontan pelawak terkenal Harith iskander buat tamu yang ingin bersantai sambil berhibur. Ada pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan oleh Chef Marina, pembuatan label peribadi coca cola, cabutan bertuah dan banyak lagi! Jadi bawalah ibu anda bersama-sama untuk menikmati pertunjukan serta promosi ini.

Empire Hotel Subang - Kitchen Art Brasserie 2

Lobby

Premier Dualistic 4

Empire Hotel Subang - Premier Essential - Working Desk

Empire Hotel Subang - Empire Sanctuary - Living Room

Print

The Empire Hotel Subang: Sebuah Empayar selesa di Subang Jaya
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton DUDA TERLAJAK LARIS

Fenomena Drama Bersiri DILEMA WANITA Musim Ke-11