in ,

Tiga Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton DUDA TERLAJAK LARIS

Berakhir sudah drama bersiri Tundukkan Playboy Itu, kini sebuah lagi drama bakal menemui para penonton di slot Akasia iaitu Duda Terlajak Laris mulai 11 April 2016 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang. Jadi, apa yang menariknya drama ni ya? Pelakonnya kah atau jalan ceritanya kah?

Drama adaptasi novel Aifa Batrisya (Karya Seni) kini diterbitkan Primeworsk Studios pastinya bakal menjadi sebuah lagi drama kegemaran penonton. Jika nak diukur dari segi pelakon, drama  ini menampilkan pelakon yang tak kurang hebatnya, pelakon yang sedang kian meloncak naik Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal sebagai teraju utama, Duda Terlajak Laris mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Pertama, pelakon baru dan lama. Kedua, jalan cerita menarik. Ketiga, Budiey kira tema drama ini walaupun agak klise, ia agak menarik dari segi olahan cerita. Jom kita baca dulu sinopsis drama ini.

DTL 1

Kerana Pehah Dia Merana… Kerana Pehah Juga Dia Kenal Cinta

[dropcap]P[/dropcap]elakon Idris Khan memegang watak sebagai Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah (Zara Zya), adik angkat kepada Bob.

Zack terkejut bercampur perasaan maarah apabila dituduh berkhalwat dengan Pehah kerana dia tidak berbuat apa-apa dengan gadis yang tidak dikenalinya itu. Dalam sekelip mata, musnah impian dan masa depan Zack apabila dia terpaksa berkahwin dengan Pehah pada malam itu.

Zack terpaksa menurut untuk menjaga air muka tok ayahnya. Entah mengapa Pehah tidak beriya menafikan tuduhan khalwat itu. Bagi Zack, Pehah cuba menganiayainya tetapi Pehah dengan muka selambanya memberitahu Zack yang dia sebenarnya mencintai Zack.

Zack segera mencari idea untuk meninggalkan Pehah yang tidak pernah disentuhinya. Dengan alasan belajar di Sarawak, Zack meninggalkan Pehah di kampung. Zack enggan kembali walaupun untuk beraya bersama-sama keluarganya. Selepas dua tahun, dia hanya pulang apabila tok ayah yang dia sayang itu telah pergi.

Zack terkejut apabila saat dia tiba menziarahi arwah tok ayah, Pehah masih menunggunya. Pehah tetap setia dan menyatakan dia masih cintakan Zack. Namun Zack hilang sabar dan akhirnya menceraikan Pehah, isterinya yang dia sendiri tidak pernah sentuh dan juga tidak tahu apa-apa tentang diri Pehah walaupun nama sebenar Pehah.

DTL4

Luluh hati Pehah…

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. itu doa saya”. – Pehah

Zack kembali ke Sarawak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun, Zack pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Keluarga Zack selalu meminta Zack berumah tangga namun dia tiada hati untuk berkahwin. Lantas dia menetapkan syarat kepada ibunya sekiranya ingin mencari jodoh buat Zack.

Semua syarat itu sudah pasti bertentangan dengan Pehah. Zack memang tidak suka dengan apa sahaja ciri-ciri Pehah sama ada secara fizikal atau penampilan dalaman walaupun dia sendiri tidak mengenali Pehah sedalam-dalamnya.

Zack menjadi rebutan ramai calon yang ingin menjadi pasangannya. Setelah banyak kali menolak, akhirnya dia telah bertunang dengan Idayu atas permintaan keluarga. Idayu sudah lama mencintai Zack semasa belajar tetapi Zack sendiri keliru tentang hubungan mereka berdua.

Kehadiran pekerja baharu, Anis telah menarik perhatian Zack. Hubungan Zack dan Idayu juga mula bermasalah kerana Idayu terlalu mengongkong kehidupan Zack. Dan kemudian seorang gadis bernama Inas muncul bagi meruntuhkan keegoannya. Ingin mengetahui kesudahan hidup duda terlajak laris ini? Saksikan ‘Duda Terlajak Laris’ menerusi slot Akasia TV3 bermula 11 April 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang.

DTL 2

DTL3

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter @TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya menerusi portal Tonton di www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Mr. Os Meninggal Dunia Tersebar

Yang Seronok Dapat Menginap di THE EMPIRE HOTEL SUBANG