in ,

Yang Menarik di Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia

Penyanyi yang juga seorang pemenang anugerah Grammy, Jason Mraz kembali ke Malaysia untuk mengubati kerinduan peminat pada 13 Mei lalu untuk konsert jelajahnya Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia. Ternyata, konsert kali ini memberikan satu lagi impak dalam karier penyanyi ini terutama dapat mengumpulkan peminat dari Malaysia dan dari negara yang berdekatan. Rata-rata peminat begitu terhibur dengan persembahan Jason Mraz kali ini.

JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR

Konsert penyanyi dan penulis lagu dari Amerika itu, Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ramai peminat. Stadium Axiata Arena penuh dengan peminat.

JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR

Sebenarnya, ini menjadi pertunjukan ketiga Mraz di Malaysia selepas konsert pertama pada tahun 2009 dan untuk siri jelajah Tour Is A Four Letter Word pada tahun 2012. Mraz mula dikenali pada tahun 2002 dengan album sulungnya yang berjudul ‘Waiting For My Rocket To Come’ dan sejak itu telah mengumpul ramai peminat dari seluruh dunia.

Penyanyi Aizat Amdan menjadi penyanyi yang cukup bertuah untuk tampil sebagai artis pembukaan.

JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam itu: YOU AND I BOTH, LET’S SEE WHAT THE NIGHT CAN DO, LIVING IN THE MOMENT, GEEK IN THE PINK, DETAILS IN THE FABRICS, MORE THAN FRIENDS, UNLONELY, I’M YOURS, LUCKY, MAKE IT MINE, A BEAUTIFUL MESS, BE HONEST, LOVE IS STILL THE ANSWER, 93MILLION MILES, I WON’T GIVE UP, 3 THINGS, HAVE IT ALL, MIGHT AS WELL DANCE dan LOVE SOMEONE.

JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR

Walaupun diadakan di bulan Ramadan, konsert ini masih mampu mengumpulkan ramai sekali peminat yang terdiri dari pelbagai bangsa.

JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR

Pelajar Orang Asli Teruja Menyanyi Bersama Jason Mraz

Sebelum konsert berlangsung, Jason Mraz telah menunaikan impian 10 pelajar Orang Asli dari Akademi Inovasi SOLS (SOLS .ai) apabila menyanyi bersama mereka lagu I’m Yours pada satu pertemuan.

Penyanyi dari Amerika Syarikat (AS) yang berusia 41 tahun itu melahirkan rasa sangat teruja dengan pertemuan apalagi mendapat tahu pelajar berkenaan berusaha menghafal lirik lagu terbabit dalam tempoh singkat.

“Saya sangat bertuah dapat berjumpa kamu semua. Terima kasih atas usaha untuk menghafal dan menyanyi lagu ini bersama saya hari ini.

“Kamu semua memiliki suara yang sangat bagus. Semoga kamu semua sentiasa diberkati,”

– Jason Mraz

Jason berkata semasa menghadiri sesi bertemu media dan pelajar berkenaan di belakang pentas Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menurut Pengarah Urusan SOLS .ai, Danutcha Catriona Singh, dia gembira apabila impian pelajar berkenaan bertemu bintang antarabangsa itu menjadi kenyataan.

“Kira-kira dua minggu lalu, label Warner Music bertanyakan jika pelajar kami boleh buat persembahan ini. Mulanya, risau juga disebabkan pelajar kami tidak fasih bahasa Inggeris.

“Bagaimanapun, mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk Jason Mraz. Pastinya rakan mereka lain cemburu dengan pengalaman terindah ini,”

– Pengarah Urusan SOLS .ai, Danutcha Catriona Singh

Jason bertandang ke sini untuk menjayakan konsert Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur. Ini adalah kunjungan ketiganya menghiburkan peminat di Malaysia.

JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR
Konsert terbabit akan berlangsung di Axiata Arena pada jam 8.30 malam ini di mana penyanyi Aizat Amdan bakal tampil sebagai artis pembukaan.
JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris

Dituduh Sebar Kuman, Che Ta Minta Doktor Semak Fakta