in ,

Dituduh Sebar Kuman, Che Ta Minta Doktor Semak Fakta

Tindakan seorang doktor meninggalkan komen berbaur tuduhan kepada pelakon Rozita Che Wan, membuatkan selebriti itu berasa kurang selesa.

Rozita Che Wan

Rozita atau Che Ta berkata, perkara tersebut berlaku apabila dia memuat naik gambar di laman Instagramnya ketika melawat pesakit di Hospital Sungai Buloh awal bulan ini.

Komen yang ditinggalkan oleh Datin Dr. Halina Mohd. Yunos yang juga isteri kepada angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaphar mempersoalkan mengapa pihak hospital membenarkan Che Ta duduk bergambar bersama pesakit dengan pakaian yang kononnya boleh menyebarkan kuman.

Rozita

“Saya tahu adab melawat pesakit dan baju yang saya pakai bukan berbulu, tetapi manik sahaja.

“Pihak hospital juga telah bertanya terlebih dahulu kepada pesakit jika mereka sudi menerima lawatan daripada saya jadi tindakan saya duduk di atas katil bukan secara suka hati,” jelasnya ketika ditemui pada sesi rakaman JKK Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam, semalam.

Tambah Che Ta, dia tidak kisah ditegur tetapi biarlah kena dengan cara dan setelah diselidik sebaiknya.

“Sudahlah tidak mengikuti saya di laman Instagram, masuk ‘rumah’ orang terus kecam tanpa usul periksa,” luahnya lagi.

Menurut Che Ta lagi, kehadirannya ke hospital tersebut adalah di atas jemputan dan dia langsung tidak menerima apa-apa bayaran kerana ia merupakan aktiviti amal.

“Mereka ada tanya berapa perlu bayar tetapi saya beritahu ini kerja kebajikan kenapa perlu ada bayaran.

“Saya buat dengan ikhlas tapi ada juga orang yang tidak puas hati hingga menuduh pakaian saya pun boleh sebarkan kuman,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Halina meninggalkan komen yang berunsur sindiran bertanya di manakah unit penyakit berjangkit pada gambar Che Ta.

“Mana unit penyakit berjangkit Hospital Sungai Buloh? Tengok ada orang duduk atas katil pesakit dengan baju bulu-bulu nanti sebarkan kuman baru tahu,” tulis komen tersebut. 

Sumber: K! Online

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jason Mraz

Yang Menarik di Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia

Aliff Aziz

Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu