in ,

La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris

Biarpun kedengaran agak klise, ibu negara Perancis, Paris kekal sebagai salah satu destinasi Eropah paling digemari oleh para pelancong Asia. Dengan begitu banyak tempat-tempat menarik di Paris, tidak hairanlah jika kota ini mempunyai ribuan pilihan tempat penginapan.

Sungguhpun begitu, di antara kesemua hotel di Paris ada satu jenama hotel mewah yang mungkin lebih menarik untuk didiami. Malah, ia mungkin salah satu jenama penginapan pilihan jika berkunjung ke Paris.

La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris

Dibina dan direka khas berdasarkan sebuah rumah agam Paris dari tahun 1907, La Clef Champs Elysee  benar-benar merupakan sebuah penginapan yang lain dari yang lain. Terletak di kawasan kediaman eksklusif Paris berdekatan Avenue des ChampsElysées, Avenue Georges V dan Avenue Montaigne, ini merupakan kawasan pelancongan paling popular Paris. Semestinya, ia juga sekangkang kera sahaja dari persiaran tersohor Champs Elysee.

La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris

Ketibaan di perkarangan pintu masuk hotel mungkin kelihatan seperti pintu masuk biasa namun sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan lobi atau salon para tamu pasti berasa seperti melangkah masuk ke dalam sebuah rumah bangsawan Perancis. Dengan hiasan gabungan dua zaman ala-ala kurun ke 19 dan rekabentuk masa kini, ia memang berada dalam kelas tersendiri. Lebih unik, ruang tamunya mempunyai ruangan khas haruman yang menyajikan beberapa pilihan contoh haruman untuk cubaan para tamu.

Penginapan ini sangat eksklusif kerana ia mempunyai 39 suite dan 29 bilik-bilik mewah serta dua buah pangsapuri dua tingkat dengan laman khas, yang telah direka berdasarkan gaya senibina kontemporari dan sedikit sentuhan Perancis klasik. Suite-suite serta bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini yang canggih serta moden. 

La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris

Suatu lagi keunikan adalah televisyen di dalam suite juga berupa cermin bilik yang turut berfungsi sebagai TV dan radio! Ini membezakannya dengan ribuan hotel lain di dunia. Dengan menyentuh fungsi TV, cermin bilik dua hala mampu berubah menjadi layar televisyen! Selain itu, terdapat suite yang mempunyai beranda dan menawarkan pemandangan indah menara Eiffel.Di samping bilik-bilik serta suite mewah di sini, ia juga mempunyai ruang senamana khas di dalam bangunan. Bilik mandi setiap bilik pula menggunakan jenama produk mewah L’Occitane yang diberikan secara percuma!Kalau soal menjamu selera pula, orang Perancis memang terkenal dengan makanan terbaik dunia, dan ruang sarapan mereka hanya menyajikan yang terbaik dengan perabot bersalut jahitan Christian Lacroix dan Pierre Frey sebagai tempat duduk. Mereka juga baru sahaja membuka restoran masakan Cina mewah, Imperial Treasure yang pernah meraih dan dinobatkan dua bintang Michelin, iaitu anugerah yang tinggi dalam dunia pemakanan serta gastronomi mewah.

La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris

Menawarkan pelbagai sajian lazat, restoran ini turut mempunyai banyak sajian makanan laut dan berasaskan ikan. Ditambah dengan suasana restorannya yang sangat cantik dan menenangkan, ia pasti bakal unggul sebagai salah satu restoran tersohor di Paris! Berlatarbelakangkan senireka kota Paris yang gah dan klasik serta perkhidmatan bertaraf dunia, tidak syak lagi bahawa La Clef Champs Elysee memang sebuah destinasi percutian yang sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran serta jiwa di tengah bandaraya Eropah sambil menikmati kemewahan dunia.

La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris
La Clef Champs Elysee Dalam Kelas Tersendiri Di Paris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem POLAROID

Yang Menarik di Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia